
SI BULUS VIRAL KENA ‘USIR’ DARI KERETA API LAJU DI CHINA. TU LAA TAK BELI TIKET LAGI
Seekor kucing menjadi viral di media sosial apabila ‘diringi’ keluar dari kereta api laju di China.
Difahamkan, kucing terbiar berkenaan telah menyelinap masuk ke dalam kereta api di sebuah stesen kereta api di wilayah Inner Mongolia ‘tanpa memiliki tiket’.
Sebaik menyedari kehadiran tetamu tidak diundang itu seorang pekerja kereta api mengiringi kucing terbabit hingga ke pintu kereta api.

Dia kemudian meletakkan kucing itu di atas platform stesen kereta api.
Klip video tersebut mencatatkan berjuta-juta tontonan selepas ia dimuat naik oleh seorang wanita yang juga penumpang kereta api laju berkenaan.
“Penumpang berbulu itu diusir kerana enggan membeli tiket perjalanan,” katanya dalam keterangan pada klip video berkenaan.

Kebanyakan netizen menyifatkan aksi kucing dan pekerja itu melucukan.
Rakaman video itu disiarkan di laman Douyin iaitu aplikasi TikTok versi China.- agensi
- BACA: KERETA API LALU BAWAH JAMBATAN RENDAH, NILAI KEROSAKAN KERETA FORD CECAH RM8.2 JUTA
- BACA: POLIS SWITZERLAND CARI PENUMPANG KERETA API TERTINGGAL JONGKONG EMAS BERNILAI RM1 JUTA
- BACA: TERTIDUR DI ATAS LANDASAN, 16 MIGRAN DIGILIS KERETA API DI INDIA
- BACA: KERETA API GELINCIR DARI LANDASAN DI UTAH – RATUSAN KERETA ROSAK TERUK