Buletin

KEMPEN GOCARLAH – BERMULA SEKARANG HINGGA 30 SEPT 2022. SERENDAH RM12.90 SEJAM

GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan kini mengadakan kempen GoCarLah yang menawarkan diskaun ke atas GoCar Share (Perjalanan Pergi-Balik) sebagai satu alternatif mampu milik kepada pengangkutan awam, bermula sekarang hingga 30 September 2022.

Kadar untuk fleet biasa GoCar bermula serendah RM12.90 sejam atau RM58 sehari. Sepanjang kempen ini, pelanggan boleh menggunakan kod promo “LETSGOLAH” untuk menikmati diskaun tambahan sebanyak 30 peratus.

Pilihan luas model kenderaan ditawarkan yang merangkumi Perodua Axia, Proton Saga, Proton Persona, Proton Iriz, Perodua Bezza, Honda City, Toyota Vios, Nissan Almera, Renault Captur dan Nissan Serena. GoCar Share (Perjalanan Pergi-Balik) ditawarkan di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Mereka yang ingin merasai pengalaman memandu kenderaan elektrik sepenuhnya tanpa perlu membelinya boleh menempah Nissan LEAF dengan GoEV. Ia boleh didapati dalam bahagian Share (Perjalanan Pergi- Balik) dalam aplikasi GoCar.

Anda hanya perlu menggunakan kod promo “GOEVLAH” untuk menikmati penggunaan percuma selama tiga jam 2 . GoEV kini ditawarkan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Melalui kempen ‘GoCarLah’, pengguna juga akan menikmati perbatuan tanpa had tanpa ada kos tersembunyi. GoCar juga memansuhkan yuran keahlian sebanyak RM20 kepada pengguna-pengguna baru sepanjang tempoh promosi ini.

“GoCar direka untuk memberi kemudahan, ketelusan dan alternatif yang mampu milik berbanding pengangkutan awam. Kami harap menerusi kempen ini, lebih ramai orang akan mempunyai akses kepada penyelesaian mobiliti yang boleh mereka harapkan untuk perjalanan harian. Pada masa sama menikmati penjimatan,” kata CEO GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun.

“Sebagai syarikat perkongsian kereta pertama di Malaysia yang menawarkan akses kepada EV mampu milik, kami harap lebih ramai rakyat negara ini akan mengambil peluang untuk merasai pengalaman memandu kereta yang lebih hijau dan bersih dengan GoEV,” tambahnya.

Untuk mendaftar keahlian GoCar dan menikmati promosi ‘GoCarLah’ sila muat turun aplikasi mudah alih GoCar di sini.

Maklumat lanjut mengenai GoCar Malaysia, sila layari laman web https://hi.gocar.my atau ikuti saluran Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter GoCar Malaysia

GALERI

Google ads
Back to top button