Buletin

NIKMATI REBAT ISTIMEWA SEHINGGA RM5K UNTUK CITY DAN BR-V SEMPENA KEMPEN 1 MILLION DREAMS HONDA

Honda Malaysia baru-baru ini mengumumkan rebat istimewa sebanyak RM5,000 ke atas model City dan BR-V sempena kempen 1 Million Dreams yang dilancar bagi meraikan pencapaian syarikat mencatat jualan satu juta unit kenderaan.  

Rebat berkenaan adalah ganjaran tambahan selain promosi sedia ada iaitu Honda 1 Million Dreams March Special. Ia menawarkan rebat tunai, baucar servis dan alat ganti bernilai sehingga RM5,000 untuk pelanggan yang mendaftarkan City dan BR-V bermula 16 hingga 31 Mac 2021. 

Honda Malaysia menggesa pelanggan yang hendak membeli City atau BR-V supaya mendaftarkan kereta masing-masing sebelum 31 Mac untuk menikmati rebat istimewa tersebut.  

Sejak dilancarkan pada 2020, City nyata mengujakan pasaran dengan teknologi terkini, rangkaian kuasa baharu dan rekaan yang sporty. Sedan itu dilengkapi enjin 1.5L DOHC i-VTEC berkuasa 121PS dan tork 145Nm yang menawarkan prestasi serta penjimatan bahan api. 

Ciri-ciri yang pertama dalam kelasnya termasuklah penghidup enjin dari jauh, ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto serta Honda Lane Watch, bergantung kepada varian yang anda pilih. 

BR-V pula menjadi pilihan mereka yang mahukan ruang kabin luas. Model tahun 2020 dinaik taraf dengan gril hadapan, bampar belakang, perumah lampu kabus hadapan baharu, antena jenis shark fin dan rim aloi dua tona bersaiz 16 inci. 

Sementara ruang kabinnya kini lebih menarik dengan tempat dibalut kulit bersama kemasan berwarna merah untuk varian V. 

Bulan ini, pelanggan Honda akan dihadiahkan dengan 7 unit edisi khas menerusi kempen 1 Million Dreams sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka selama ini. 

Honda Malaysia juga ingin menjemput anda semua ke acara  1 Million Dreams Grand Finale di ruang parkir C Stadium Bukit Jalil pada 27 dan 28 Mac 2021, bermula jam 10am hingga 10pm. 

Jangan bimbang kerana Honda Malaysia akan memastikan segala garis panduan dan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dipatuhi, demi keselamatan semua. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web: honda.com.my/1milliondreams/entry atau hubungi talian tol percuma: 1-800-88-2020. 

Google ads
Back to top button