Buletin

TGR FESTIVAL BAWAKAN SEGMEN HIBURAN OFFTHEGRID KEPADA PEMINAT

Selepas tertangguh selama setahun akibat wabak COVID-19, acara Toyota Gazoo Racing Festival Pusingan 1 kembali dijalankan di Litar Antarabangsa Sepang pada 27-28 Mac ini. 

Sudah memasuki musih keempat, acara kali ini tidak dbuka kepada awam. Namun, semua peminay boleh menyaksikan kemeriahan semua program yang disusun oleh UMW Toyota Motor menerusi laman web dan platform media sosialnya. 

“Konsep festival untuk membawakan sukan permotoran kepada orang ramai tetap tidak berubah. Cuma kali ini kami terpaksa melakukannya secara dalam talian. Tetapi, asas inilah yang membuatkan festival Gazoo Racing unik dan sangat berjaya,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. 

Penonton akan dihidangkan dengan perlumbaan sengit empat ketegori termasuklah Rookie Class yang menyaksikan enam lepasan Program Pembangunan Bakat Muda Gazoo Racing menunjukkan keupayaan masing-masing. Mereka semua beralih daripada perlumbaan go-kart dan simulator untuk berlumba dalam kereta lumba sebenar. 

Promotional Class pula menyaksikan 10 orang selebriti terkenal bersaing sesama sendiri. Sporting Class untuk pemandu amatur, manakala Super Sporting Class dikhaskan untuk pemandu profesional. 

Buat pertama kali, segmen hiburan TOYOTA GAZOO Racing OFFTHEGRID diperkenalkan. Ia akan dihoskan oleh 10 orang selebriti yang bertanding dalam Vios Challenge iaitu Shukri Yahaya, Janna Nick, Nabil Ahmad, Wany

Hasrita, Nabila Razali, Khai Bahar, Zizan Razak, Talitha Tan dan Ahirine Ahirudin.

Beberapa segmen menarik turut disusun:

  • Jom Duet Bersama Khai Bahar, Wany Hasrita dan Nabila Razali – Peminat dijemput menyertai cabaran menyanyi duet dan lakonan.
  • Latah Positif dan Berita Apani – Dihos oleh Nabil Ahmad dan Zizan Razak
  • Melodi Misteri – Selebriti akan menyanyi lagu yang mereka dengar ketika memakai topi keledar, peminat kemudian perlu meneka lagu tersebut
  • Did You SPM? – Dihos oleh Amer Harris dan Mika Hakimi. Mereka akan mengemukakan soalan SPM secara rawak kepada pelumba, mekanik dan pegawai perlumbaan.  

Semua ini akan disiarkan secara langsung di at toyota.com.my/tgrmalaysia, serta laman Facebook Toyota Malaysia dan TOYOTA GAZOO Racing Malaysia. 

Google ads
"
"
Back to top button