Artikel PilihanBuletin

NISBAH MAMPATAN ENJIN KINI BOLEH DIUBAH DENGAN TEKNOLOGI VC-T INFINITI!

INFINITI dijangka memperkenalkan enjin VC-T (Variable Compression-Turbocharged) pada acara Paris Motor Show 2016 September depan.

INFINITI-VC-T-engine-2016-mekanika (2)

Enjin dengan nisbah mampatan boleh ubah yang sedia diproduksi itu disifatkan sebagai enjin pembakaran dalaman paling maju dan pertama di dunia.

Mengambil masa selama 20 tahun untuk dibangunkan, enjin petrol turbo empat silinder VC-T jelas membuka lembaran baru dalam teknologi enjin pembakaran dalaman. Dalam erti kata lain, enjin tidak lagi dihadkan kepada nisbah mampatan yang tetap.

INFINITI-VC-T-engine-2016-mekanika (3)

“Teknologi VC-T merupakan satu perubahan penting buat INFINITI. Ia menawarkan prestasi sebuah enjin bersesaran 2.0 liter dengan tahap kecekapan yang tinggi,” kata Presiden INFINITI Motor Company, Roland Krueger.

Keunikan teknologi VC-T terletak pada keupayaannya untuk menaik atau menurunkan jangkauan omboh. Hasilnya, sesaran enjin dan nisbah mampatan akan berubah di antara 8:1 (untuk prestasi tinggi) dan 14:1 (kecekapan tinggi).

INFINITI four-cylinder turbocharged gasoline VC-T engine

Logik kawalan enjin yang sofistikated akan mengenakan nisbah paling optimum, bergantuing kepada situasi pemanduan.

Teknologi VC-T menawarkan beberapa faedah seperti penjimatan bahan api dan emisi yang signifikan, tahap bising dan getaran lebih rendah. Malah, enjin ini juga lebih ringan dan kompak berbanding enjin konvensional.

Google ads
Back to top button