Motosikal

PROMOSI HARI MALAYSIA DARI KAWASAKI MOTORS MALAYSIA

Kawasaki Malaysia baru sahaja melancarkan kempen promosi bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang akan datang. Ia dijadual berlangsung selama 2 bulan bermula 1 Ogos 2016 sehingga 30 September akan datang yang meliputi semua model keluaran mereka.

Pembeli bakal menikmati faedah pinjaman yang lebih rendah. Menerusi kerjasama dengan Perkhidmatan Kredit AEON, bakal pembeli ditawarkan pinjaman sehingga 100 peratus kepada mereka yang layak. Ya. Ini bukan jenaka, motosikal berkuasa tinggi Kawasaki boleh dibeli tanpa anda mengeluarkan 1 sen pun wang pendahuluan.

Kawasaki-versys-test-ride-mekanika (5)

Dalam kempen yang sama, AEON Credit turut memperkenalkan kadar faedah yang cukup kompetetif iaitu 0.35 peratus sebulan. Dalam kiraan mudah, 4.2 peratus setahun. Namun sudah tentu, ia akan dinilai berdasarkan prestasi pelanggan yang telah ditetapkan oleh pihak AEON. Sebenarnya 4.2 peratus setahun untuk motosikal adalah kadar faedah yang sangat kompetetif.

Sebagai contoh, jika anda ingin membeli Z800 baru yang berarga RM48,959 dan berdasarkan kadar faedah 0.35 peratus tadi, jumlah bayaran bulanan yang perlu dibayar ialah sekitar RM755 sebulan untuk tempoh 84 bulan atau 7 tahun. Ini dikira berdasarkan pinjaman 100 peratus, tanpa deposit.

Kawasaki-J300-mekanika (14)

Contoh lain, sebuah maxi-skuter Kawasaki J300 beharga RM31,500, bayaran ansuran untuk 7 tahun ialah RM485. Model Versys 650cc RM38,369, bayaran bulanan untuk 7 tahun ialah RM594. Kesemua pengiraan ini adalah berdasarkan ini adalah berdasarkan nilai faedah 0.35 peratus sebulan dan pinjaman penuh. Sudah tentu, jika anda membayar deposit, bayaran bulanan semakin berkurang.

kawasaki-promosi-slogan

Hah. Tunggu apa lagi? boleh dah beli ER6N baru tu menarik sebab ada promosi tambahan. Jaminan 3 tahun dengan bantuan tanpa had!

 

 

 

Google ads
Back to top button