Buletin

HONDA BUAT KERJA GILA, BINA SUV LUMBA CR-V 800 HP

Tiada siapa menyangka, Honda akan buat kerja gila dengan membina sebuah SUV lumba dengan menggunakan asas daripada Honda CR-V.

Ya, generasi baharu Honda CR-V itu ditransformasikan menjadi sebuah jentera lumba berkuasa 800 hp, dan digelar sebagai CR-V Hybrid Racer.

SUV hibrid itu banyak membawakan elemen gentian karbon terutama pada bahagian pintu bukaan seperti rama-rama serta kit badan lebar, sementara separuh bahagian belakang telah didatangkan dalam satu struktur kerangka tunggal yang boleh dibuka.

CR-V Hybrid Racer ini dikuasakan oleh enjin V6 hybrid yang diperoleh daripada Honda NSX, sementara pemandu pula dibekalkan dengan roda stereng F1 untuk mengemudi jentera ini.

Honda akan memperlihatkan spesifikasi penuh CR-V Hybrid Racer ini pada 28 Februari.

Google ads
Back to top button