Buletin

NISSAN DAN ITALDESIGN REKA EDISI KHAS GT-R50, SEMPENA ULANGTAHUN KE-50 GT-R

Nissan telah mendedahkan Edisi istimewa GT-R yang dikenali sebagai GT-R50. Ia adalah sebuah prototaip yang direka oleh Italdesign berdasarkan model GT-R Nismo 2018 yang dibina sempena memperingati ulang tahun ke-50 kedua-dua syarikat tersebut.

Sempena ulangtahun GT-R yang ke-50 Nissan telah bekerjasama buat kali pertama dengan konsep “tanpa batas”. Italdesign bertanggungjawab merekabentuk dan membangunkan prototaip yang akan dipamerkan di Eropah tidak lama lagi.

BACA: KENAPA NISSAN GT-R BEGITU BERKUASA?

Rekabentuk baru GT-R50 mendapat perincian warna emas, lampu LED tang tipis, sayap belakang 54mm lebih rendah serta rekaan gugusan lampu belakang baru.

Prototaip ini dilengkapikan dengan warna dengan apa yang disebut Nissan sebagai cat “Liquid Kinetic Grey”. Ia kemudiannya diakhiri dengan kemasan “Sigma Gold Energetic”. Sementara ruang roda pula dihuni aloi berdiameter 21 inci 

Bahagian kabin juga telah direkabentuk dengan papan pemuka yang tidak mempunyai skrin infotainment sepertimana sebuah GT-R asal.

Ia dibuat untuk memperlihatkan skema lebih “bersih” manakala kluster meter kini didatangkan dengan instrumen berbentuk digital.

Terdapat dua kemasan karbon berbeza yang digunakan di panel konsol pusat, panel instrumen dan panel pintu. Butir-butir emas kelihatan berpadanan dengan bahagian luaran sementara Alcantara hitam dan upholsteri kulit hitam digunakan untuk tempat duduk.

Bagi enjin, GT-R ini menawarkan yang terbaik. Enjin V6 twin-turbo 3.8 liter tersebut dinaik taraf oleh NISMO dengan turbo spesifikasi perlumbaan GT3 yang lebih besar, intercooler yang lebih besar. Komponen dalamannya terdiri daripada crankshaft, piston, rod penyambung dan galas, jet minyak omboh tinggi aliran, profil camshaft yang disemak semula,  penyuntik bahan api aliran tinggi dan sistem pengambilan dan ekzos yang dioptimumkan.

Hasilnya? 710hp (720PS) pada 7100rpm dan 575lb-ft (780Nm) antara 3600 dan 5600rpm.

Transmisi berkembar enam kelajuan diperkukuhkan dan pemacu yang lebih kuat memastikan bahawa kuasa besar akan dihantar dengan selamat ke keempat roda. Sistem suspensi menggunakan penyeraphentak bolehlaras Bilstein DampTronic.

Saksikan video dan galeri foto di bawah

VIDEO

GALERI

Google ads
Back to top button