MEMACU ELEKTRIFIKASI DAN NEUTRALITI KARBON DENGAN e-POWER
Perubahan iklim kini menjadi tumpuan utama dalam transformasi industri automotif global dan pengeluar kenderaan menghadapi cabaran yang pelbagai dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau serta mencapai sasaran neutraliti karbon.
Memandangkan kenderaan elektrik (EV) semakin diterima di seluruh dunia, Nissan, sebagai pengeluar pertama BEV secara besar-besaran sejak 2010 dengan jualan melebihi satu juta unit, telah menetapkan visi yang jelas dalam mendepani perubahan ini.
Dalam perancangan Rancangan Perniagaan The Arc, Nissan merangka strategi serantau bagi mengoptimumkan portfolio model yang seimbang, merangkumi enjin pembakaran dalaman (ICE), kenderaan hibrid, dan kenderaan elektrik sepenuhnya (BEV).
Strategi ini berusaha memastikan peralihan beransur-ansur kepada BEV dengan kehadiran model e-POWER dan BEV baharu dalam pasaran utama.
Menjelang awal 2030-an, Nissan merancang agar setiap model baharu yang diperkenalkan di pasaran utama memiliki kuasa elektrik, diterajui oleh dua tonggak elektrifikasi – iaitu barisan BEV dan model e-POWER.
Selain itu, penyepaduan modulariti antara model BEV dan e-POWER akan menyumbang kepada penurunan kos kenderaan elektrik setanding dengan model ICE, menjadikan kenderaan berkuasa elektrik lebih mampu milik untuk pengguna.
Nissan menggunakan kaedah penilaian kitaran hayat (LCA) bagi mengukur kesan alam sekitar pada setiap peringkat – dari pengekstrakan bahan mentah hingga kitar semula.
Berbanding kenderaan yang dikuasakan petrol, model e-POWER seperti Nissan Kicks e-POWER menghasilkan pelepasan karbon lebih rendah.
Menurutnya, sistem e-POWER generasi kedua bukan sahaja menawarkan prestasi yang lebih responsif dan cekap, tetapi juga membantu mengurangkan impak alam sekitar.
Sistem e-POWER menggunakan enjin pembakaran dalaman hanya untuk menjana kuasa elektrik yang kemudiannya disalurkan kepada bateri atau terus ke motor elektrik.
Enjin ini beroperasi pada tahap tetap, mencapai kecekapan terma tinggi secara konsisten. Kaedah ini meningkatkan kecekapan bahan api dan mengurangkan pelepasan CO², sekali gus menjadikan kenderaan lebih mesra alam.
Melalui penyelidikan berterusan, Nissan sedang membangunkan sistem e-POWER generasi seterusnya yang berpotensi meningkatkan lagi kecekapan terma dan mengurangkan pelepasan karbon.
Tambahnya lagi, pencapaian dalam kecekapan terma enjin yang tercapai semasa ujian global ini bakal membawa kesan positif dalam usaha pengurangan emisi CO².
Komitmen Nissan untuk mempercepatkan inovasi dalam teknologi seperti e-POWER merupakan langkah strategik dalam masa peralihan ke arah BEV.
Pendekatan Nissan ini bukan sahaja memberi pilihan yang pelbagai kepada pengguna, malah membantu mereka menyumbang ke arah masa depan lebih hijau dan mampan.