Artikel Pilihan

PATEN KERETA SPORT RWD MAZDA DENGAN ENJIN ROTARI TERDEDAH.

Satu forum automotif antarabangsa dan media permotoran Auto Evolution telah mendedahkan satu fail paten yang dikatakan rekaan kereta sport Mazda pacuan belakang yang terbaru. Berdasarkan gambarajah paten, besar kemungkinan kereta sport ini akan dikuasakan dengan enjin rotari

Enjin Wankel 3 rotor ini dipasang pada bahagian tengah, diikuti oleh unit transmisi dengan kedudukannya tidak jauh dari pusat graviti kereta. Rekaan sebegini pernah digunakan oleh model Mazda RX generasi sebelumnya tapi menggunakan 2 rotor.

Tapi apa yang membezakan kereta sport Mazda terbaru dengan model RX sebelumnya ialah rekaan sistem elektrik dan juga trenkuasa hibrid yang bakal dipasang berdasarkan gambarajah paten. Seperti yang kita tahu, Mazda sebelum ini telah membangunkan enjin rotari terbaru yang akan digunakan sebagai pengecaj elektrik bagi model Mazda MX-30

Tapi pada masa yang sama, Mazda juga merangka “Large Product Group Architecture” yang amat sesuai sekali membangunkan sebuah kereta sport pacuan belakang. Platform yang ditunjukkan dalam fail paten juga mendedahkan ia boleh memuatkan enjin 6 silinder dipasang secara menegak, diikuti dengan teknologi hibrid serta plug-in hibrid.

Samaada paten rekaan kereta sport pacuan belakang ini berjaya sampai ke kilang pengeluaran dan akhirnya sampai ke tangan pengguna adalah diluar kawalan kita kerana banyak lagi faktor yang akan menyebabkan [aten sebegini tenggelam tanpa sebarang produk yang nyata. Cuma ramai peminat Mazda berharap sebuah lagi model RX dikeluarkan sebelum peraturan emisi asap menjadi semakin ketat

Google ads
Back to top button