Buletin

PERODUA MID VALLEY PINDAH KE MENARA MBMR – 2 KALI LEBIH BESAR

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Perodua, melalui pengedar jualan yang sah, DMM Sales Sdn. Bhd. (DMM Sales) telah memindahkan bilik pamerannya di Mid Valley ke lokasi yang baharu di Menara MBMR, Jalan Syed Putra.

Langkah itu dibuat untuk menggandakan kapasiti jualan dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan.

“Bilik pameran jualan baharu ini seluas 6,900 kaki persegi dan lebih dua kali ganda lebih besar berbanding lokasi. Jadi, ia mampu menyediakan ruang bilik pameran yang lebih luas dan selesa,” kata Pengerusi Daihatsu (Malaysia) Sdn. Bhd., Aqil Ahmad Azizuddin.

Ditubuhkan pada 20 Januari 1995, DMM Sales merupakan salah sebuah anak syarikat Daihatsu (Malaysia).

Ia menjadi pengedar terbesar Perodua dengan 17 bilik pameran, 13 pusat servis dan dua pusat badan & cat di seluruh Malaysia. Secara purata, DMM Sales menyumbang sebanyak 10.6 peratus kepada jualan tahunan Perodua sejak lima tahun lalu.

Menara MBMR turut menempatkan MBM Resources Berhad, sebuah kumpulan syarikat automotif dengan pelbagai pelaburan dalam industri dan pemegang saham perdagangan utama Daihatsu (Malaysia).

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan Perodua setakat 10 bulan pertama tahun 2018 telah mencapai 187,731 unit – peningkatan sebanyak 11 peratus daripada 168,071 kenderaan yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Berdasarkan jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 502,244 unit dari Januari-Oktober 2018, penguasaan pasaran Perodua adalah sebanyak 37.4 peratus.

Tags
Google ads
Back to top button
Close