
MAZDA PERKENAL SERVIS TANPA KONTAK DEMI KESELAMATAN PELANGGAN
Pengedar rasmi kenderaan Mazda, Bermaz Auto Group mengumumkan bahawa ia telah memulakan semula semua operasi servisnya pada 12 Mei lalu.
Bagi melindungi kesihatan kakitangan dan pelanggan, Bermaz Auto akan melaksanakan setiap standard seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.
Justeru, ia memperkenalkan Servis Tanpa Kontak (Mazda Contactless Service) yang menyaksikan hubungan di antara manusia dikurangkan.

Mazda Contactless Service hadir dengan pilihan Perkhidmatan Ambil & Hantar (Collect & Deliver Service) atau Servis Mudah Alih.
Perkhidmatan Ambil & Hantar ditawarkan di beberapa pusat servis terpilih dengan jarak radius tidak melebihi 10km. Sementara Servis Mudah Alih pula menyaksikan juruteknik Bermaz menjalankan servis di rumah pelanggan. Kedua-dua perkhidmatan itu dilakukan menerusi temu janji sahaja.
Bahagian dalaman kenderaan pelanggan juga akan dinyahkuman sebelum dan selepas servis dibuat.
Komited untuk menawarkan yang terbaik kepada pelanggan, Bermaz Auto telah melanjutkan jaminan dan penyelenggaraan percuma kepada mereka yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bermaz Auto juga mewujudkan satu laman web khas, COVID-19 We Care untuk memberikan tips penjagaan kereta yang berguna sepanjang PKP dan menawarkan maklumat terkini.
Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.mazda.com.my atau hubungi talian 1-800-22-8080.