Artikel Pilihan

ALKISAH NISSAN LATIO SPORT – HANGPA INGAT LAGI KE TIDAK ENTAH

Lama dahulu di era 90an, populariti kereta penumpang jenama Nissan cukup gah dan popular terutamanya mengenai Nissan Sunny dan juga Sentra. Saiz dan rekaannya yang boleh tahan, serta ketahanan yang dimiliki menjadikan kedua model ini diterima baik segenap masyarakat. Kemudiannya tidak berapa lama kemudian, Nissan memperkenalkan pula Nissan Latio kepada pasaran namun semacam ada yang tidak berapa kena tentang model ini terutamanya dari segi rekaannya.

Model keluaran Jepun ini sebetulnya turut menggunapakai plat nama Nissan Tiida serta beberapa nama lain seperti Latio dan juga Versa mengikut segmen pasaran. Di Jepun, debutnya adalah sewaktu Tokyo Motor Show 2003 sebelum ianya mula dijual secara rasmi pada setahun berikutnya di Jepun dengan dua rekaan pilihan, hatchback dan juga sedan. Model ini dibina berdasarkan perkongsian pelantar Nissan B termasuklah beberapa model seperti Nissan Note dan juga Nissan Cube.

Nissan Latio (C11) ini mula tiba di Malaysia pada tahun 2007 oleh Edaran Tan Chong selaku pengedar rasmi Nissan dengan kedua dua model hatchback dan Sedan turut dibawa masuk. Walau pun menggunakan nama Nissan Latio Sport, namun ianya hanya menggunakan enjin HR16DE 1.6 liter. Bolehlah nak dapat kuasa 110 hp. Sedikit menarik apabila varian sedan pula turut ditawarkan dengan pilihan enjin MR18DE 1.8 liter untuk lebih kuasa pemanduan. Walau pun varian hatchback hanya dijanakan enjin lemau, namun harga yang ditawarkan ketika itu boleh tahan buat tercekik juga.

Jikalau model sedan hanya berharga sekitar RM90,000, tetapi Latio Sport ini mahal dua ribu lebih untuk spesifikasi yang sama. Nampak macam mahal untuk sebuah model yang hanya mengunakan enjin bersesaran 1.6 liter. Maka tidak hairanlah sekiranya model ini agak kurang mendapat sambutan buat pemilik yang muda belia. Kebanyakkannya pemilik kereta ini terdiri daripada golongan Belia Matang diantara usia 35 – 45 tahun. (Entah ada ke tidak entah istilah Belia Matang ni). Iyalah, mananya tak matang, kalau umur – umur macam tu gaji biasanya dah sedap. Kalau muda belia biasanya Myvi lah pilihan utama, iya tak?

Sebenarnya rekaan Latio Sport ini macam tak berapa nak kena apabila melihatkan ketinggian yang ada padanya. Proposisi badannya yang membuatkan ianya tampak tinggi. Silap haribulan kalau bubuh body cladding memang dah boleh jadi model Crossover. Tapi itulah, itu jam Crossover ini belum masuk carta lagi. Akan tetapi tahukah bahawa model ini sebenarnya agak popular juga serata dunia. Kilang pengeluarannya terdapat juga di Civac Mexico, Luanda Angola, Wuhan China serta di Samut Prakan Thailand.

Model ini kalau diikutkan memang mempunyai generasi berikutnya dengan kod nama C12. Tapi tempat kita memang tak ada juallah. Yang ada hanyalah Nissan Almera. Mujur hat tu boleh tahan laku di tempat kita.

BACA : NISSAN LATIO MERCURY

BACA : PADA 1999 NISSAN ALMERA GEN-2 DIPERKENAL DI UK

Google ads
Back to top button