Buletin

HONDA CIVIC JDM DENGAN KIT HONDA ACCESS

Tahun 2020 genap usia kelima Honda Civic generasi kesepuluh (FB) sejak pertama kali diperkenalkan pada November 2015 di Amerika Syarikat.

Lima tahun adalah usia matang untuk sesebuah model kereta dan mengikut aturan, model serba baharu menyusul pada tahun berikutnya.

Bagaimanapun Civic dilihat berbeza kerana gayanya yang masih segar. Model yang dipertingkatkan (facelift) hanya hadir dengan sedikit perubahan luar dan mengukuhkan lagi gayaan asal Civic.

Walaupun Civic datangnya dari syarikat Jepun, model itu memasuki pasaran hanya pada tahun 2017 dan lewat berbanding negara lain.

Model facelift pula pertama kali didedahkan di Jepun pada November 2019 dan berada di pasaran pada 23 Januari 2020.

Untuk model facelift, Honda Access Co., Ltd. menawarkan kit aksesori pada hari sama Civic Hatchback dan Civic Sedan di pasaran.

Di antara ciri menarik kit Honda Access ialah garnish lampu dan gril berwarna oren untuk Civic Hatchback dan warna hitam untuk Civic Sedan.

Kit aksesori yang ditawarkan ini lebih tertumpu kepada garnish bahagian luar dari depan hingga ke belakang. Tiada kit badan seperti lips depan dan skirt sisi tambahan.

Walaupun ringkas, pakej Honda Access lengkap dengan rim aloi Modulo berukuran 18 inci untuk Civic Hatchback dan 17 inci untuk Civic Sedan. Kedua-dua rim itu mempunyai corak yang menarik.

Bahagian dalam pula tidak banyak yang ditawarkan kecuali perehat lengan yang mempunyai nyalaan lampu mengikut warna lampu biru atau merah pada ruang kaki. 

Berikut ialah senarai aksesori Honda Access untuk Honda Civic facelift:

Civic Hatchback
Tema Stylish sporty
Tailgate spoiler   44,000 yen 
Door garnish Matt silver / left and right 4 pieces set for front and rear 38,500 yen 
Front grill garnish Matte silver 33,000 yen 
Door mirror cover Matt silver / left and right set 15,400 yen 
Tailgate garnish Matte silver 49,500 yen 
18-inch aluminum wheel MS-038   46,200 yen / 1 piece
18 × 8J PCD114.3mm Inset 50mm Cutting / Gun Powder Black Painting
[Excite Sporty]    
Tailgate spoiler   44,000 yen
Door garnish Orange / front and rear left and right set of 4 33,000 yen 
Front grill garnish Orange 33,000 yen 
Door mirror cover Orange / left and right set 15,400 yen
Tailgate garnish Orange 44,000 yen 
18-inch aluminum wheel MS-037   46,200 yen  / 1 piece
18 × 8J PCD114.3mm Inset 50mm Cutting / Gun Powder Black × Orange Paint
 Civic Sedan
Tema Premium sporty    
Door garnish Chrome-plated / front and rear left and right set of 4 38,500 yen
Fender garnish Chrome plating / left and right set 19,800 yen
Door mirror garnish Chrome plating / left and right set 7,700 yen 
Rear diffuser Carbon tone / Chrome plating 25,300 yen 
17-inch aluminum wheel MS-035   33,000 yen / 1 piece
 17 × 7J PCD114.3mm Inset 45mm Cutting / Glint black painting
[Black Sporty]    
Door garnish Black / front / rear left and right set of 4 33,000 yen 
Fog light garnish Black / left and right set 11,000 yen 
Door mirror cover Black / left and right set 15,400 yen 
Front grill black 22,000 yen
Rear diffuser Carbon tone / black 22,000 yen
17-inch aluminum wheel MS-036   35,200 yen/ 1 piece
 17 × 7J PCD114.3mm inset 45mm glint black paint
Civic Hatchback / Sedan    
Armrest console Main body + mounting attachment 55,000 yen 

BACA: HONDA CIVIC TYPE R FL MASUK AS, WARNA BAHARU BOOST BLUE

BACA: HONDA CIVIC TYPE R LIMITED EDITION – LEBIH ‘HARDCORE’!

BACA: HONDA CIVIC FC K24 926HP UNTUK DRIFT!

Kredit foto: Honda

Honda Access – Honda Civic Hatchback:

Honda Access – Honda Civic Sedan: 

Google ads
Back to top button