Buletin

NISSAN NOTE KERETA PALING LARIS DI JEPUN! NAMUN TOYOTA TETAP NO.1

Kiranya pasaran negara Jepun boleh dikatakan seimbang. Tidak 100 peratus cenderung kepada mana-mana model atau jenama. Contoh terbaru ialah apabila Nissan Note mencatat jualan tertinggi pada setengah tahun pertama 2018.

Jika diikutkan Toyota masih memegang jenama terlaris tetapi apabila Nissan berjaya mencelah melalui model Note kiranya hebatlah model kompak ini.

Dari Januari hingga Jun 2018, Nissan berjaya menjual sebanyak 73,800 unit Note menjadikannya kereta terlaris di Jepun, tidak termasuk kenderaan mini.

Salah satu keistimewaan Note ialah ia adalah kereta pertama yang dilengkapi nadi kuasa elektrik e-POWER dan diperkenalkan di Jepun pada November 2016.

Sistem e-POWER adalah projek besar Nissan dalam agenda elektrifikasi termasuklah sasaran jualan global sebanyak sejuta unit kenderaan elektrifikasi setiap tahun menjelang tahun fiskal 2022.

Sistem e-POWER juga turut ditawarkan pada Nissan Serena baharu dan kini merupakan van mini terlaris di Jepun pada enam bulan pertama tahun ini.

Nissan juga turut mengumumkan beberapa naik taraf dan kemasan baharu untuk Note di Jepun seperti motor-assist 4WD dan varian Autech. Nissan Note juga turut dijual dalam varian Nismo.

Walaupun berita ini di Jepun tetapi sebenarnya Nissan Note agak dekat dengan negara kita. Ada dijual di Thailand dengan harga permulaan RM 71,500.00.

Nissan Note ini satu segmen dengan Honda Jazz dan Perodua Myvi. Jika hendak dibawa ke sini, dua model popular itu harus diambil kira. Tidak mudah.

Tetapi Kia selamba sahaja bawa masuk Picanto dan kini sudah tiga generasi.

BACA: NISSAN SERENA NISMO INI BOLEH DIPESAN DENGAN KERUSI RECARO & TAYAR POTENZA RE003

BACA: NISSAN LANCAR NOTE DI THAILAND

Google ads
Back to top button