Buletin

BEKAS PENGARAH REKA BENTUK ROLLS-ROYCE SERTAI FAW CHINA

Sekarang ini kita boleh saksikan model buatan China yang meniru bulat-bulat model popular seperti Porsche Cayenne atau Land Rover Evoque. Ini menjadi bahan sindiran dan gurauan netizen.

Hakikatnya pada peringkat awal tidak kira jenama dari Jepun atau Korea Selatan bermula dengan meniru atau bahasa profesional mengambil inspirasi.

Cuma bezanya ialah berapa besar elemen yang ditiru. Hakikatnya ialah dalam dunia reka bentuk, ini adalah perkara biasa cuma antara sedar atau tidak.

Walaupun ada syarikat China yang tidak segan silu meniru bulat-bulat, ada sebahagian lagi yang sudah maju ke hadapan dalam membina identiti tersendiri.

Contoh paling baharu apabila FAW mengumumkan penyertaan Giles Taylor sebagai Naib Presiden Global, Reka Bentuk dan Ketua Pegawai Kreatif (CCO).

Sumber : carnewschina.com

Giles Taylor sebelum ini adalah Pengarah Reka Bentuk Rolls-Royce Motorcars, United Kingdom.

Daripada mengeluarkan duit untuk meniru bulat-bulat kenapa tidak laburkan duit untuk dapatkan individu yang hebat bukan?

Tugas Giley Taylor ialah untuk menentukan hala tuju reka bentuk dan konsep satu jenama mewah di dalam kumpulan FAW iaitu HONGQI.

Macam pernah dengar? Untuk makluman, kami pernah menerbitkan dua artikel mengenai jenama ini dan ia adalah kereta rasmi untuk Presiden China.

Kredit Foto : IGIHE.com

Selain HONGQI, beliau juga akan bertanggungjawab dalam famili kenderaan FAW termasuk kenderaan penumpang autonomi.

Satu lagi perkara menarik ialah Giley Taylor akan berkerja di Munich, Jerman. Beliau juga akan menerajui penubuhan Pusat Reka Bentuk Termaju FAW di sana dan mengetuai tenaga kerja antarabangsa.

Pusat tersebut akan melakukan kerja-kerja untuk model produksi HONGQI termasuk projek kereta konsep.

Berikut ialah latar belakang Giles Taylor:

  • Graduan sarjana dalam reka bentuk kenderaan dari Royal College of Art London tahun 1992
  • 13 tahun pengalaman bekerja dengan Jaguar Cars
  • Ketua Pereka untuk Jaguar XJ semasa dan XK tahun 2005
  • Menyertai Rolls-Royce Motorcars pada tahun 2011
  • Memegang jawatan Pengarah Reka Bentuk pada tahun 2012 sehingga kini
  • Bertanggung jawab untuk beberapa model seperti Dawin, Phantom VIII dan SUV Cullinan SUV
  • Projek lain ialah kereta konsep Rolls-Royce 103ex yang dipertontonkan pada tahun 2016
Sumber : carnewschina.com

Lantikan Giles Taylor ini dilihat sangat tepat untuk HONGQI sebagai jenama mewah China dan mempunyai sejarah panjang iaitu dari tahun 1958 lagi.

Trend seperti ini juga sudah biasa dilihat dalam dunia automotif. Dulu Jepun diketawakan kemudian Korea Selatan disindir dan sekarang China menjadi bahan ketawa. Jika mengikut trek ini, segala-galanya akan berubah dalam masa sepuluh tahun lagi.

Syukurlah Proton turut menyertai trend global ini dan menumpang gelombang kebangkitan China. Apa khabar Perodua? Masih mahu bergantung kepada jualan domestik?

BACA: ALKISAH HONGQI L5 – KERETA MEWAH BUATAN CHINA

BACA: PRESIDEN CHINA BAWA KERETA RASMI BAHARU KE LUAR NEGARA – HONGQI N501

Google ads
Back to top button