Buletin

NISSAN TANGGUH PELANCARAN ARIYA EV, MASALAH CIP BERLAKU LAGI

Nissan bakal melancarkan sebuah crossover elektrik baharu Ariya, namun menurut laporan terkini daripada Automotive News, pelancaran rasmi model tersebut nampaknya terpaksa ditangguhkan.

Ini kerana, krisis kekurangan cip semikonduktor di peringkat global masih lagi membelenggu sesetengah pihak termasuk Nissan, selain gangguan terhadap rantaian bekalan komponen-komponen lain.

Keadaan ini mungkin akan memakan masa beberapa ketika sebelum pulih sepenuhnya, di mana ia berpunca daripada serangan pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak dari tahun 2020 lagi.

Menurut laporan Automotive News, Nissan akan melancarkan model Ariya secara rasmi pada 12 Mei 2022, berbanding tarikh asal Mac 2022.

Nissan akan memulakan jualan Ariya di Eropah pada musim panas 2022, diikuti pasaran Amerika Syarikat pada musim luruh tahun ini.

Dari segi penawaran spesifikasi, Nissan Ariya boleh didapati dalam konfigurasi pacuan roda belakang 215 hp/300 Nm, serta pek bateri 65 kWh yang mampu membenarkan pemanduan sejauh 450 km.

Versi yang lebih berkuasa (239 hp/300 Nm) pula hadir dengan pek bateri yang lebih besar, 90 kWh, dengan jarak operasi sejauh 610 km.

Ariya juga boleh didapati dalam versi pacuan semua roda dengan dua output berbeza, iaitu 335 hp/560 Nm dengan jarak operasi 430 km (pek bateri 65 kWh), serta varian 389 hp/600 Nm dengan jarak operasi 580 km daripada pek bateri berkapasiti 90 kWh. – Automotive News

Google ads
Back to top button