Motosikal

BARISAN MODEL MV AGUSTA 2016

Mofaz Motosikal Sdn. Bhd dan Chear Motor Sdn. Bhd., pengedar rasmi jenama MV Agusta di Malaysia memperkenalkan barisan model  2016 ke pasaran tempatan.

mv-agusta-f4-rc-mekanika (11)

Model berkenaan ialah Stradale 800, F4 RC, Turismo Veloce 800 dan Turismo Veloce  800 Lusso.

Menurut Datuk Nik Izani Nik Ibrahim, kesemua model berkenaan akan dipasang tempatan (CKD) di kemudahan kilang di  Bandar Puncak Alam, Shah Alam.

mv-agusta-f4-rc-mekanika (12)

Model paling menarik perhatian pada majlis pelancaran berkenaan ialah F4 RC. Jentera produksi itu mirip versi superbike perlumbaan  MV Agusta Reparto Corse yang digunakan dalam World Super Bike (WSBK).

Malah, bahagian teknikal dan material perlumbaan juga sama dengan jentera litar.

mv-agusta-f4-rc-mekanika (10)

MV Agusta FC R4 dikeluarkan terhad 250 unit secara global. Malaysia berjaya mendapatkan dua unit F4 RC dengan nombor perlumbaan  14 dan 68.

Nombor tersebut adalah atas permintaan khas pihak Malaysia sendiri. Bagi menandakan versi edisi terhad.

mv-agusta-f4-rc-mekanika (13)

Bahagian mekanikal masih sama seperti keluarga F4 yang lain.  F4 RC menggunakan enjin bersesaran 998cc empat silinder. Perbezaan adalah pada bahagian kuasa. Pihak MV Agusta melakukan talaan untuk mendapatkan kuasa 205hp @ 13, 450rpm. Tork pula begitu impresif iaitu 115Nm @9,300rpm.

Penghantaran kuasa liar tersebut diserahkan kepada transmisi 6-kelajuan. Pecutan maksimum yang mampu dicapai ialah 302 km/j.

mv-agusta-f4-rc-mekanika (3)

Ini menjadikan F4 RC sebagai jentera terpantas di pasaran. Jika dibandingkan, Aprilia RSV4 RR didatangkan dengan kuasa  201hp, BMW S1000RR 198hp dan Ducati 1299 Panigale R 205hp.

Penampilan F4 RC berkongsi karakter rekaan dengan model F4 yang lain. Imej  sporty dan agresif dilihat menerusi potongan tajam pada fairing, penghalang angin bersudut dan panel lebih seragam.  Rekaan itu mewujudkan gambaran superbike yang sebenar.

mv-agusta-f4-rc-mekanika (5)

Bahagian panel badan diperbuat daripada karbon fiber. Bahan berkenaan menyumbang kepada pengurangan berat jentera yang banyak. Berat F4 RC hanyalah 175kg.

Ia mampu dicapai dengan menggunakan crankshaft lebih ringan. MV Agusta turut menggunakan skru titanium khusus pada bahagian enjin dan casis. Aplikasi berkenaan dapat mengurangkan berat 1.1kg.

mv-agusta-f4-rc-mekanika (2)

Pengeluar jentera Itali itu juga memilih tiga warna bendera Itali untuk kemasan terakhir badan F4 RC.  Bahagian tepi tangki minyak juga jelas terlihat logo AMG. Ia adalah satu isyarat sentuhan AMG livery, sejak pengumuman kerjasama AMG dan MV Agusta.

Untuk tunggangan yang lebih stabil, suspensi hadapan didatangkan dengan fork USD Ohlins dan belakang jenis penyerap hentak TTX 36 Ohlins.

mv-agusta-f4-rc-mekanika (8)

Kehadiran sistem control unit dan aktuator  melengkapkan suspensi kawalan elektronik. Sekaligus mengurangkan lagi berat jentera.

Keyakinan cengkaman atas jalan diserahkan kepada tayar hadapan bersaiz 120/70-ZR dan tayar belakang 200/55-ZR. Ia dilengkapkan dengan rim aloi aluminium 17 inci yang direka khusus untuk jentera berkenaan.

mv-agusta-f4-rc-mekanika (4)

Difahamkan seunit F4 RC sudah pun diintai oleh seorang pengumpul jentera edisi terhad. Sepertinya hanya satu unit sahaja yang tinggal. Harga tidak didedahkan ketika pelancaran. Namun, anggaran harga jentera itu melebihi RM200k.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button