
VOLKSWAGEN KEMASKINI GOLF R, LAGI POWER
Bagi kekal bersaing dengan Toyota, BMW dan juga Honda, jenama Volkswagen telah mendedahkan spesifikasi terbaru hatchback prestasi tinggi mereka iaitu Golf R bagi tahun 2025. Volkswagen turut mendedahkan bahawa Golf R 2025 adalah jauh lebih berkuasa dan lebih menarik berbanding model lama
Walaupun tiada lagi spesifikasi penuh, namun dari segi kuasa enjin EA888 4 silinder 2000cc turbo ini menjana 329 kuasa kuda dan 420Nm tork, peningkatan sekitar 14 kuasa kuda dan 20Nm tork berbanding dengan model sebelumnya. Angka ini juga menyamai angka Honda Civic Type R FL5 versi JDM
Transmisi klac berkembar GSG 7 kelajuan dikekalkan dan digandingkan dengan sistem pacuan semua roda 4Motion, manakala transmisi manual 6 kelajuan digugurkan disebabkan kekurangan permintaan. Pecutan 0-100km/jam dibuat dalam masa 4.6 saat.
Jika pembeli memilih Performance Package, halaju tertinggi 250km/jam dinaikkan kepada 270km/jam. Spesifikasi yang didedahkan ini adalah untuk pasaran Eropah dan berlainan dengan spesifikasi bagi pasaran Asia dan Amerika.
Untuk rekod model Golf R 2024 menjana 315 kuasa kuda dan 400Nm tork, mampu memecut 0-100km/jam dalam masa 4.5 saat dengan pilihan transmisi 7 kelajuan DSG klac berkembar atau 6 kelajuan manual.
Sama seperti model lama, Golf R direka untuk mudah “oversteer” dengan mode drift, yang membenarkan ia dipandu dalam mode RWD. Selain daripada itu, model 2025 direndahkan sebanyak 1mm, mengekalkan brek lama dan sistem suspensi adaptif.
The official unveiling date of the 2025 Volkswagen Golf R in both body styles is right around the corner. The automaker will unveil it at the end of the month, on June 26, and we expect it to open the order books later this summer. VW will keep the station wagon version away from our market, which is sad, as it would’ve been a breath of fresh air in the compact class.