Buletin

OTT TÄNAK SERTAI TOYOTA DALAM WRC 2018 – JENAMA LAIN MACAM MANA?

Sudah sampai masanya pengeluar kereta Jepun duduk berbincang satu meja dan memikirkan dengan serius untuk sama-sama bersaing dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC).

Kenapa perlu duduk bersama? Sebab pertama orang muda sekarang semakin kurang meminati perlumbaan kereta rali. Bila kali terakhir anda mendengar anak remaja berbincang tentang rali berbanding telefon pintar atau sneaker terkini?

Selain itu, sebab yang agak merisaukan juga apabila sesetengah pengguna sekarang ini memandang kereta sebagai salah satu mod pengangkutan. Perkara seperti ini sudah terjadi di Jepun dan negara-negara maju lain.

Lebih parah apabila sudah terdapat pemikiran bahawa menggunakan pengangkutan awam atau perkhidmatan e-hailing (UBER, GRAB) lebih baik dari memiliki kereta.

Esapekka Lappi/Janne Ferm (Toyota Yaris WRC)

Dan senario seperti ini sudah pun disedari oleh Toyota dan mereka telah pun memulakan beberapa langkah supaya kekal relevan untuk orang muda.

Toyota melabur besar untuk kembali semula ke WRC selepas bertahun-tahun tidak terlibat dalam sukan ini. Selain itu Toyota juga dalam perancangan untuk melancarkan model-model Gazoo Racing serta outlet naik taraf kereta supaya orang muda kembali meminati bidang ini seperti berpuluh tahun dahulu.

Program Gazoo Racing bukan sahaja terhad di Jepun malah telah dimulakan di negara kita melalui acara perlumbaan Vios Challenge.

Selain itu, komitmen terbaru dari Toyota ini menunjukkan mereka benar-benar serius. Musim ini bukanlah yang elok buat Toyota malah Hyundai mempunyai jentera dan prestasi lebih baik dari mereka.

BACA: INI UCAPAN AKIO TOYODA – PRESIDEN TOYOTA YANG MENGGETARKAN JIWA

BACA: SELAMAT TINGGAL KERETA PAKCIK- TOYOTA CAMRY 2018 KINI BERKUASA 300HP

Tetapi itu tidak menghalang Toyota untuk merekrut seorang pelumba rali handalan iaitu Ott Tänak untuk menyertai Toyota Gazoo Racing World Rally Team untuk WRC musim 2018.

Ott Tänak bersama jurupandu arah Martin Jarveoja akan melengkapi tiga buah kereta Toyota dalam WRC selain Jari-Matti Latvala dengan Miika Anttilla dan Esapekka Lappi dengan Janne Ferm. Pemandu sedia ada iaitu Juho Hänninen tidak lagi berlumba untuk Toyota bermula dari pusingan terakhir WRC di Australia.

Pemandu arah beliau iaitu Kaj Lindström pula masih kekal dengan Toyota dan akan memulakan tugas baharu sebagai Pengarah Persukanan juga bermula dari WRC Australia.

Ott Tänak yang berusia 30 tahun dari Estonia akan memandu Toyota Yaris WRC pada musim 2018 di perlumbaan permulaan Rallye Monte-Carlo. Untuk musim ini beliau memandu untuk M-Sport World Rally Team dan berada di kedudukan kedua di bawah Sébastien Ogier.

Ott Tänak ialah seorang pelumba dinamik dan beliau sebenarnya sudah dua kali digugurkan dari M-Sport sebelum kembali cemerlang pada musim ini.

Berikut ialah profail dan rekod tentang Ott Tänak:

Tarikh lahir: 15 Oktober 1987
Usia: 30
Warganegara: Estonia

Pencapaian kerjaya dalam rali:

2008 Juara Rali Estonia
2009 Juara Rali Estonia 
2009 Penyertaan pertama WRC 
2010 Pemandu Bintang European Pirelli 
2011 Kedua keseluruhan Kejuaraan FIA SWRC Championship (3 podium pertama)
2017 Juara pertama dalam WRC, Rali Sardinia, juara kedua di Rali Jerman

Statistik WRC: 

Penyertaan perlumbaan (starts) 77
Juara 2
Podium 10
Poin 379
Kemenangan peringkat perlumbaab (Stage Wins) 73

Tags
Google ads
Back to top button