
PESAWAT SUPERSONIC GENERASI BAHARU, OVERTURE AKAN KE UDARA SEAWAL TAHUN 2029. CATAT KELAJUAN 2,100KM/J!
Hampir dua dekad selepas penerbangan terakhir pesawat yang menarik imaginasi dunia dengan keanggunan dan kelajuannya, sebuah jet didakwa sebagai “anak Concorde” sedang terbentuk di fasiliti kemudahan pembangunan di Greensboro, Carolina Utara, Amerika Syarikat.
Pesawat supersonik generasi baharu yang pertama itu dilapor boleh terbang secara komersial buat kali pertama seawal 2029.
Dikenali sebagai Overture, jet tersebut adalah cetusan idea Boom Supersonic yang berpangkalan di Denver, Colorado. Kemungkinan tidak lama lagi ia mampu membawa 80 penumpang pada kelajuan sehingga Mach 1.7 (atau kira-kira 2,100km/j), pada ketinggian 60,000 kaki atau 18.3km.

Di Asia, pesawat pertama generasi baharu ini mungkin akan diguanakn oleh syarikat penerbangan Japan Airlines.
Seorang pegawai syarikat penerbangan Jepun mengesahkan bahawa JAL melabur AS$10 juta (RM46 juta) dalam Boom pada 2017. Kedua-dua syarikat telah bekerjasama dalam mereka bentuk pesawat, untuk “menentukan pengalaman penumpang untuk perjalanan supersonik”.
JAL mempunyai perjanjian pra-pesanan untuk membeli 20 pesawat berkenaan. Satu lagi kumpulan terawal pesawat itudijangka dihantar kepada American Airlines. Syarikat penerbangan terbesar di dunia itu telah meletakkan deposit untuk 20 buah jet, dengan pilihan tambahan 40 jet lagi.
Tiada syarikat yang terlibat dalam projek itu mendedahkan berapa banyak dolar atau yen dikeluarkan untuk membayar setiap unit pesawat Overture.
Kelemahan terbesar Concorde adalah penggunaan bahan api yang luar biasa, tetapi Boom yakin ia telah mengatasi halangan itu.
Overture didakwa mampu menggunakan bahan api penerbangan yang mampan dengan adanya teknologi enjin serba canggih. Gabungan inisiatif pengurangan karbon dan penggunaan kredit karbon, bakal menjadikan Overture pesawat sifar karbon.
Overture membolehkan penerbangan London ke Miami yang biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya sembilan jam diisingkatkan kepada empat jam 40 minit. Syarikat itu telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 600 laluan sedemikian yang diyakini akan menarik dan pastinya mendatangkan keuntungan.
- BACA: KENAPA ADA BATANG BESI DI HUJUNG SAYA KAPAL TERBANG? TERSILAP KIMPAL?
- BACA: 8 ‘ORANG KUAT’ UKRAINE TARIK KAPAL TERBANG KARGO PALING BERAT DI DUNIA
- BACA: 5 SUV/TRAK GAGAH PERKASA. TUNDA KAPAL TERBANG, KERETAPI
- BACA: LAMBORGHINI HURACÁN DIGUNA UNTUK PANDU ARAH KAPAL TERBANG