Buletin

PAGANI HUAYRA LAMPO – HASIL INSPIRASI MODEL KONSEP FIAT TURBINA 1954

Pengeluar supercar terkenal, Pagani dilapor telah bekerjasama dengan Lapo Elkann untuk menghasilkan Huayra Lampo.

Untuk makluman, Lapo Elkann ialah usahawan dan cucu Gianni Agnelli, bekas ketua pegawai Eksekutif dan pemegang saham utama Fiat Automobiles.

Nama Lampo pada jentera yang hanya dihasilkan sekali itu bermaksud ‘kilat’ dalam bahasa Itali. 

Huayra Lampo yang dibina oleh Garaje Italia Customs itu diinspirasikan oleh Konsep Fiat Turbina tahun 1954. Ia tampil dengan skema cat yang sama iaitu dua tona warna merah serta pelekat berwarna putih.

Bahagian luarannya diserlahkan lagi dengan kemasan gentian karbon. Tidak ketinggalan beberapa material ringan yang turut digunakan pada model Huayra BC. Gaya yang garang itu terserlah dengan corong pengambilan udara lebih besar di bahagian hadapannya.

Untuk menunjukkan bahawa ia buatan Itali, bendera negara itu ada diaplikasikan pada beberapa komponen seperti angkup brek.

Kemewahan ruang kabin yang ditempah khas itu pula diserlahkan menerusi elemen aluminium, tembaga dan balutan kulit berwarna coklat pada tempat duduk. Kemasan kulit itu dibuat menggunakan tangan oleh para artisan di Turin, Itali.

BACA: PAGANI LANCAR PERKHIDMATAN RESTORASI RINASCIMENTO

Huayra Lampo menggunakan enjin twin-turbo V12 daripada Mercedes-AMG dengan kuasa 730hp dan tork 1,000Nm.

GALERI

Google ads
Back to top button