Buletin

PAKAI TOPI KELEDAR BERKUALITI TINGGI – LELAKI INI SELAMAT WALAUPUN KEPALA DIGILIS LORI!

Kalau tidak ada video, mungkin ramai yang tidak percaya bahawa topi keledar berkualiti tinggi memang boleh menyelamatkan nyawa seseorang.

Ini juga menjadi sebab kenapa hampir semua kerajaan di dunia menggalakkan rakyat mereka memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Biarpun begitu, masih ramai yang tidak ambil peduli. Malah kita boleh lihat sendiri dengan mudah, penunggang motosikal mengabaikan aspek keselamatan ini, terutama di kawasan-kawasan kampung atau pedalaman dan tidak terkecuali di bandar-bandar kecil.

Satu video klip yang dirakam oleh kamera dari sebuah kereta itu jelas menunjukkan  kepala seorang lelaki digilis oleh tayar trak kargo. Ia bermula apabila dia cuba menyelit, sebelum terjatuh kerana tayarnya bergesel dengan pembahagi jalan.

Ajaibnya, lelaki yang tidak dikenali itu bangun dan kelihatan kebingungan, sebelum berjalan serta duduk di tepi dinding dengan keadaan bahunya seperti sudah patah.

Pemandu trak berkenaan memperlahankan kenderaan, sementara dua orang penunggang motosikal berhenti dan cuba untuk mengawal trafik.

Jadi, sebelum rasa nak aca-acah kepala keras tak mau pakai topi keledar, anda mungkin boleh tengok video ini sekali lagi.

Google ads
Back to top button