Motosikal

HANYA KERANA RM50, REMAJA MAUT DIPUKUL DENGAN TOPI KELEDAR

Seorang remaja berusia 16 maut kerana dipukul menggunakan topi keledar di bahagian kepala selepas mengambil upah sebanyak RM50 hasil membina rumah daripada pelanggan tanpa pengetahuan majikan dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Mentara Lama di sini, pada Isnin lalu.

Mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan meninggal dunia pada pukul 6.30 pagi semalam selepas hampir 54 jam bertarung nyawa semasa dirawat lanjut di Hospital Kuala Lipis, Pahang.

Difahamkan, mangsa dipercayai mengambil upah RM250 daripada pelanggan, namun memaklumkan menerima bayaran pelanggan sebanyak RM200 kepada suspek.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal mendapati, majikan mangsa yang berusia 40 tahun datang ke rumah remaja itu kira-kira pukul 12.30 tengah malam Isnin lalu sebelum tercetus pergaduhan antara mereka.

Menurutnya, remaja itu dipercayai dipukul oleh suspek dengan topi keledar sehingga abang dan rakannya membawa mangsa untuk menerima rawatan di Klinik Kesihatan Merapoh sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lipis.

β€œSiasatan awal mendapati, mangsa bekerja dengan suspek sebagai buruh binaan rumah di Mentara Lama di sini. Pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang mengambil duit upah membuat rumah dari pelanggan tanpa pengetahuan suspek.

β€œBerang dengan tindakan itu, suspek telah memukul kepala mangsa dengan menggunakan topi keledar sehingga remaja itu mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhamad Zaki memberitahu, polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.51 tengah hari pada Isnin lalu dan suspek telah ditangkap serta direman sehingga Selasa depan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Utusan Online

Google ads
Back to top button