
PANDU LEBIH SELAMAT BERSAMA NISSAN
Kempen Keselamatan Nissan 2015 anjuran Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru sahaja berakhir.
Program Pengalaman Pemanduan Selamat Nissan yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) itu melibatkan 60 orang pemilik kenderaan Nissan.
Model Nissan yang digunakan dalam program itu ialah Nissan Teana, X-Trail, Sylphy, Almera, Serena S-Hybrid, X-Gear, Grand Livina dan Nissan Latio.
Program berkenaan dianjurkan bagi mengajar pemilik kenderaan Nissan tentang teknik pemanduan yang betul dan selamat.
Modul itu melibatkan teori yang merangkumi aspek kedudukan stereng dan posisi duduk yang betul. Sementara kursus amali melibatkan slalom untuk memahami teknik pengendalian stereng dengan lebih baik. d Serta aplikasi membrek dengan betul menggunakan sistem brek anti-kunci (ABS) dan latihan kawalan gelinciran.
Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng menyatakan sebagai sebuah syarikat kereta, ETCM bukan sahaja komited untuk memastikan teknologi keselamatan terkini kenderaan Nissan.
“Malah, melalui program tersebut peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi pemandu yang lebih bijak dan selamat di jalan raya,” katanya.
Pemanduan Selamat Nissan adalah program terakhir di bawah Kempen Keselamatan Nissan 2015. Dilancarkan pada bulan April lalu di Legoland, Johor Bahru, Kempen Keselamatan Nissan 2015 turut merangkumi kempen Karnival Keselamatan Kanak-kanak yang telah diadakan sepanjang tahun di lokasi-lokasi terpilih seluruh negara.