Buletin

PANDU MERCEDES-BENZ EQA 250 BERMULA RM2,288 SEBULAN DENGAN PELAN STEP UP AGILITY

Mercedes-Benz Financial hari ini mengumumkan program pembiayaan Step Up Agility untuk model elektrik EQA 250. Direka untuk menggalakkan peralihan pengguna kepada EV, pakej tersebut menawarkan bayaran bulanan tetap dalam satu tempoh tertentu. 

Terdapat dua pelan ditawarkan. Pilihan pertama ialah bayaran bulanan sebanyak RM2,388 untuk dua tahun pertama, diikuti RM4,148 bagi tahun ketiga hingga kelima. 

Pilihan kedua ialah RM2,288 sebulan untuk tahun pertama, diikuti dengan RM2,688 (tahun kedua) dan  RM3,994 untuk tahun ketiga hingga kelima. 

Pelanggan juga boleh mengubah suai pembayaran pendahuluan untuk mengurangkan bayaran bulanan, selain memilih perlindungan insurans tambahan serta penyelenggaraan. Dengan Jaminan Nilai Masa Depan, pelanggan boleh membuat pembiayaan semula, memulangkan atau menyimpan kereta selepas tempoh tamat.  

Mercedes-Benz akan membeli semula kereta itu pada harga yang telah ditetapkan terlebih dahulu jika pelanggan mahu memulangkannya.  

Selain program pembiayaan Step Up Agility, pelanggan layak mendapat kereta gantian yang berusia tidak lebih empat tahun dengan perkhidmatan hantar dan pulang dalam tempoh 24 jam menerusi ciri Mobility Plus. 

Melalui program Lease & Go, pelanggan boleh memajak EQA 250 sehingga empat tahun dengan bayaran bulanan bermula RM5,292. Program itu tidak memerlukan pembayaran pendahuluan, tiada susut nilai dan risiko. Ia juga lengkap dengan insurans dan cukai jalan. 

EQA 250 hadir dengan jaminan selama empat tahun. Manakala jaminan untuk bateri pula ialah selama 8 tahun atau perbatuan sejauh 160,000km (mana-mana tiba dahulu). Pelanggan yang memasang wallbox akan menerima jaminan selama dua tahun. 

Google ads
Back to top button