Buletin

REGAS PREMIUM SABAH LANCAR PUSAT 4S BMW DI KOTA KINABALU

Regas Premium Sabah baru-baru ini melancarkankan pusat 4S (Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem) di Kota Kinabalu untuk jenama BMW, BMW Motorrad, BMW Premium Selection (BPS) dan BMW i. 

Pusat 4S itu menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuklah memperbaharui insurans kereta, tukar beli kereta terpakai dan BMW Financial Services.

“Sejak usaha sama dimeterai pada Julai 2018, Regas Premium Sabah telah menjadi rakan kongsi yang amat bernilai dalam melancarkan hubungan kami dengan para pelanggan setia kami di Sabah.

Sebagai wakil pengedar sah BMW, Regas Premium Sabah menyumbang jualan lebih 300 unit kenderaan setiap tahun,” kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser. 

Prinsipal Pengedar merangkap Pengarah Urusan Regas Premium Sabah, Datuk Matthew Tan Yaw Tzuu memberitahu  pusat 4S yang telah diluaskan itu akan dapat terus melakar prestasi cemerlang sejak tiga tahun setengah lalu. Selain menawarkan rangkaian kenderaan premium dan  perkhidmatan selepasjualan yang komprehensif kepada pelanggan di Sabah.

Pusat pengedaran empat tingkat tersebut mempunyai keluasan 40,000 kaki perseg, jauh lebih besar berbanding bilik pameran terdahulu yang terletak di Jalan Penampang. Ia mampu mempamerkan 28 buah kenderaan yang ada dalam portfolio BMW Group.

Diselia oleh 54 orang kakitangan, pusat 4S itu juga dilengkapi pelbagai kemudahan seperti Customer Lounge, Handover Lounge, Isetta Bar, BMW Lifestyle, Merchandise, BMW Parts, Relaxation Zone, Reception at the Car (RATC), Grand Klasse (GKL) Lounge, kelab BMW Motorrad Community, BMW Motorrad Gear & Garment serta kemudahan pengecasan AC/DC di ruang parkir pelanggan.

Regas Premium Sabah terletak di Lot 2, Jalan Iramanis, Off Jalan Ulam Bunga Raja, 88400, Kota Kinabalu, Sabah. Waktu operasinya adalah mulai jam 8:30 pagi setiap hari dan ditutup pada Ahad. 

Maklumat lanjut, sila layari https://www.bmw-regas.com.my/ 

GALERI

Google ads
Back to top button