Buletin

TOYOTA GR SUPRA GT4 50 EDITION PALING EKSKLUSIF DI DUNIA. ADA 6 UNIT SAHAJA, RM813K SEUNIT

Pasukan Gazoo Racing telah membangunkan jentera trek GT4 paling eksklusif untuk para pelanggan.

Model edisi khas dikenali sebagai Toyota GR Supra GT4 50 Edition terhad kepada enam unit sahaja di seluruh dunia.

GR Supra GT4 50 Edition dilancarkan untuk meraikan jualan 50 jentera lumba berkenaan.

Jentera terbabit diperuntukkan sebanyak dua unit untuk pasaran Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Ia dijual pada harga bermula €175,000 (RM813,176).

Kesemua unit mendapat sentuhan warna merah Toyota Gazoo Racing dan dipasankan pelekat 50 Edition berwarna emas pada bahagian sisi serta bumbung.

Selain itu, Toyota turut membuat perubahan pada bahagian dalaman dengan memasang tempat duduk sport OMP dipadankan kemasan sulaman GR Supra GT4.

Ia hadir dengan pengawal navigasi khas yang mendapat logo 50 Edition dan plak nombor unik pada papan pemuka gentian karbon.

Para pelanggan juga akan menerima pelindung kereta berjenama.

Jentera eksklusif tersebut mendapat khidmat enjin enam silinder 3.0 liter turbocharge yang mampu menjana kuasa 430 hp dipadankan transmisi automatik tujuh kelajuan.

Mereka yang berminat perlu mendaftar melalui Toyota Gazoo Racing serantau. – carscoops/carbuzz

Google ads
Back to top button