Motosikal

LS2 MALAYSIA LANCAR TIGA HELMET BAHARU – DARI RM618

Jenama helmet motosikal terkemuka, LS2 telah pun melancarkan tiga model baharu untuk pasaran tempatan meneursi Verso II OF618, Dragon FF807 dan Advant II FF910. 

LS2 VERSO II OF618 merupakan helmet jenis open-face dan menawarkan keselesaan dan ciri praktikal yang baik dan lebih sesuai untuk kegunaan harian. 

Menurut LS2, helmet ini ditawarkan pada harga RM618 bagi versi kosong sementara versi dengan grafik pula boleh didapati dengan harga RM629.

Sementara itu, bagi yang mahukan helmet full-face yang lebih sporty dan sesuai untuk kegunaan sport-touring boleh mendapatkan model DRAGON FF807. 

Helmet ini menampilkan reka bentuk yang agresif dan futuristik dan mengguna pakai bahan jenis 6K Carbon. Bahan ini secara langsung menjadikan DRAGON FF807 lebih ringan di samping menawarkan ketahanan tinggi.

Selain itu, helmet ini juga menawarkan visor tahan calar, anti-sunlight dan perlindungan UV dan boleh dipadankan dengan sistem PINLOCK MAX-VISION 120. DRAGON FF807 ini ditawarkan pada harga bermula dari RM2,088 hingga RM2,099

Dalam pada itu, peminat aktiviti kembara boleh mendapatkan model ADVANT II FF910 yang merupakan helmet jenis modular penuh. 

Kelebihan ADVANT II FF910 adalah keupaayan untuk membuka bahagian dagu dan dilipat ke belakang sepenuhnya sekaligus boleh berfungsi seperti helmet open-face. 

Model ADVANT II FF910 ini dijual pada harga bermula dari RM1,488 hingga RM1,499 mengikut warna dan grafik ditawarkan. 

Ketiga-tiga model ini juga mencapai standard ECE22.06 terkini sekaligus menjaminkan keselamatan yang tertinggi bagi pemakai. Ketiga-tiga helmet ini juga boleh didapati sehingga saiz 3XL. 

Google ads
Back to top button