
PARIS MOTORSHOW: HONDA HR-V DENGAN ENJIN 1.5 LITER TURBO
Di hari pembukaan Pameran Motor Paris (Paris Motorshow) hari ini, Honda mempersembahkan varian HR-V dengan enjin pilihan turbo 1.5 liter.
Perubahan yang paling jelas adalah di bahagian depan di mana terdapat panel krom yang berkilat di atas gril yang menggantikan trim hitam berkilat model pra-facelift.
Bumper depan juga telah direka dengan liang udara dan bahagian perumah lampu kabus kini berentuk bulat. Honda mengubah suai lampu dengan memasang lensa projektor baru dan mengemas kini lampu nyalaan siang standard LED.
Di bahagian belakang HR-V yang telah dikemaskini, bar krom dipasang di atas nombor pendaftaran untuk mencerminkan penampilan terkini fascia depan. Untuk versi Eropah, Honda memasang roda aloi 17 inci direka bentuk baru
BACA: HONDA HR-V FACELIFT PASARAN EROPAH
Bagi model asas sebelum ini, HR-V didatangkan dengan pilihan enjin 1.5 liter N/A yang menghasilkan 130 kuasa kuda (96 kilowatt) dan 155Nm tork. Ia mencukupi untuk pecut dari 0 ke 62 bjs (100 kmh) dalam 10.7 saat. Jurutera Honda juga telah mengemas kini unit i-VTEC dengan mengurangkan jumlah pergeseran antara piston dan lubang silinder untuk meningkatkan kecekapan dan prestasi.
Di Eropah terdapat pilihan enjin diesel 1.6 liter yang lebih jimat. namun kali ini, Honda juga melancarkan HR-V dengan enjin 1.5 liter turbo. Tiada spesifikasi teknikal diberikan, tetapi enjin yang sama pada CR-V (yang lebih besar,) mampu menghasilkan 193 hp .
GALERI