Buletin

BMW 3 SERIES GEN-7 – 6 VARIAN ENJIN, SEMAKIN MANTAP

BMW hari ini memperkenallkan model 3 Series generasi ketujuh di acara Paris Auto Show 2018.

Dikenali dengan kod nama G20, ia perlu mengikut jejak kejayaan yang ditinggalkan oleh model F30.

3-Series tampil dengan bahasa rekaan baharu BMW yang menyaksikan lebih banyak garis pada badannya. Bersama kidney grill yang lebih besar, ia kelihatan seperti 5-Series.

Di pasaran Amerika Syarikat dan United Kingdom, jentera itu bakal dijual pada Mac 2019 pada harga bermula AS$40,200 (RM166,500) seunit. Pelanggan boleh memilih daripada dua warna bukan metalik dan sepuluh warna metalik.

Dari segi dimensi, G20 lebih panjang, lebar dan sedikit tinggi berbanding model terdahulu. Sementara tapak rodanya juga bertambah sebanyak 41mm menjadi 2,851mm, paling besar dalam kelasnya.

BMW juga menyatakan bahawa tahap pekali seretan turun dari 0.26 kepada 0.23 hasil penggunaan kawalan flap udara aktif.

BMW menawarkan 3 Series dalam enam varian enjin dengan empat daripadanya ialah enjin diesel.

BMW 320i dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter. Enjin empat selinder sebaris itu mampu menjana kuasa 184hp. Varian 320i menggunakan enjin sama, tetapi dengan ouput lebit tinggi iaitu 258hp.

Rangkaian varian diesel pula terdiri daripada BMW 318d yang menggunakan enjin empat selinder sebaris dengan kuasa 150hp. Manakala varian 320d dan 320d xDrive berkuasa 190hp.

Satu-satunya enjin 3.0 liter enam selinder akan dipasang pada varian 330d mampu menghasilkan kuasa mencecah 265hp.

Menurut BMW, di sebalik pilihan enjin-enjin tersebut, 3 Series tetap menawarkan kualiti dinamik pemanduan yang luar biasa. Ini kerana ia dilengkapi pelbagai teknologi baru. Antaranya ialah teknologi redaman, struktur badan lebih tegar, cagak suspensi dan agihan berat 50:50.

Rim bersaiz 18 dan 17 inci dipasang berdasarkan kepada varian yang dipilih. Ciri-ciri lain yang membuatkan model itu semakin menarik termasuklah lampu utama LED, BMW Light Carpet, lampu ambien dengan 11 tetapan cahaya, stereng dibalut kulit dan kluster instrumen tengah bersaiz 8.8 inci.

Sebagai sebuah sedan mewah, BMW 3 Series dilengkapi barisan sistem keselamatan aktif dan bantuan pemandu. Sistem Active Guard Plus yang merangkumi ciri seperti maklumat had kelajuan, Lane Departure Warning, Collision and Pedestrian Warning dengan City Braking dan Cruise Control dengan fungsi brek hadir sebagai ciri standard. 

Jika pelanggan memilih pakej Driving Assistant Professional, mereka akan menerima lebih banyak ciri seperti  Active Cruise Control dengan Stop & Go, Steering and Lane Control Assistant, Lane Keeping Assistant with active side collision protection, Priority Warning and Wrong-way warning systems and Cross-Traffic Alert.

GALERI

Google ads
Back to top button