Buletin

HYUNDAI ‘N OPTION’ – HYUNDAI DAH MULA BERMAIN AKSESORI ALA JENAMA JEPUN

Apabila Hyundai bermula dengan model hebat iaitu i30 N sambutan yang diterima memang menggalakkan. Di Jerman i30 N sebanyak 100 unit habis dijual dalam masa dua hari sahaja.

Hyundai tidak berhenti setakat itu dan melancarkan dua lagi model beprestasi iaitu Veloster N dan i30 Fastback N. Hyundai juga melancarkan varian dengan estetik istimewa iaitu i30 N Line.

Adakah rancangan Hyundai tamat disitu? Belum lagi bos. Dah namanya orang berniaga.

Pada Pameran Kenderaan Paris yang berlangsung sekarang Hyundai mempertontonkan i30 N ‘N’ Option. Bukan model baharu tetapi sebuah kereta yang sarat dengan aksesori N.

Kira sama seperti aksesori Mugen untuk Honda Civic Type R yang sudah laju.

Aksesori yang dipamerkan ini belum untuk dijual sehinggalah dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Berikut ialah senarai akesori pada Hyundai i30 N ‘N’ Option di Paris:

  • Spoiler gentian karbon dengan emblem N
  • Bonet karbon dengan lian udara
  • Peredam bunyi dengan empat muncung
  • Gril N dengan riasan merah
  • Roda ringan bersaiz 20 inci
  • Kemasan karbon hitam pada papan pemuka, corong udara, pemegang pintu dan stereng balutan Alcantara
  • Pedal sport dan tombol gear

Aksesori yang dipamerkan ialah terhad kepada luaran dan dalaman sahaja. Tiada aksesori yang dipertontonkan atau fokus untuk menaikkan prestasi sedia ada.

Satu perkara tentang pameran ini ialah sudah sampai masanya penala bebas turut sama menawarkan aksesori untuk Hyundai. Seperti Spoon untuk Honda atau HKS, Blitz dan sebagainya.

Jenama ini bukan biasa-biasa lagi, lihat sahaja prestasi Hyundai dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC). Tetapi sebelum itu rakyat Korea Selatan perlu terlebih dahulu fanatik dengan prestasi seperti mana rakyat Jepun satu ketika dahulu.

BACA: HYUNDAI i30 N LINE – YANG INI MACAM VW GOLF R LINE

BACA: HYUNDAI i30 FASTBACK N – 2 PILIHAN OUTPUT ENJIN TURBO, 250PS & 275PS

Google ads
Back to top button