Motosikal

PASUKAN MOTOGP ARAMCO RACING TEAM VR46 BAKAL GUNA JENTERA DUCATI MUSIM DEPAN

Pasukan MotoGP baharu milik pelumba lagenda Valentino Rossi, Aramco Racing Team VR46 mengesahkan bahawa ia telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan Ducati. Pasukan tersebut akan bersaing dalam MotoGP bermula tahun 2022 hingga 2024. 

Perkemgan itu sekali gus mengenepikan khabar angin bahawa ia akan bekerjasama dengan Suzuki, Yamaha dan Aprilia yang timbul sebelum ini.  

Aramco Racing Team VR46 yang berpangkalan di Tavulia, Itali itu juga telah menandatangani kontrak dengan Dorna Sport untuk berlumba dalam kelas premier selama lima tahun. Ia akan menjadi sebuah pasukan bebas dengan dua jentera Ducati bermula musim depan.

Spesifikasi jentera Ducati itu bagaimanapun tidak didedahkan. Namun Rossi pastinya mahukan jentera terkini GP22s sekiranya dia berlumna. Manakala pelumba rookie seperti Bezzecchi akan menggunakan jenteta GP21s. 

Pengurus SKY Racing Team VR46 di Moto2 dan Moto3, Pablo Nieto bakal dilantik sebagai pengurus pasukan baharu itu. Biarpun barisan pelumba masih belum diumumkan, Luca Marini dijangka menjadi salah seorang daripanya. Tempat kedua mungkin akan diisi oleh pelumba VR46 Moto2, Marco Bezzecci, itupun jika Rossi tidak mahu berlumba. 

“Saya rasa lagi bagus jika Rossi mahu berlumba untuk pasukan Aramco Racing Team VR46 bersama adiknnya Luca Marini. Lagipun, Luca sudahpun berlumba dengan tajaan daripada jenama kami seperti KSA New Cities, MAIC Technologies dan TANAL Entertainment Sport&Media,” kata Putera Abdulaziz bin Abdullah bin Saud bin Abdulaziz Al Saud.

Rossi yang menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan pada musim ini dijangka mengumumkan perancangan masa depannya pada musim panas depan.

 

Google ads
Back to top button