Buletin

STOK ZEEKR 001 UNTUK TAHUN 2021 SUDAH HABIS DIJUAL

Stok kereta elektrik premium dari Geely, Zeekr 001 untuk tahun ini sudah habis dijual. Perkara itu dimumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Geely, An Conghui. 

Geely yang juga pemilik Volvo Cars melancarkan jenama Zeekr pada April lalu untuk memenuhi permintaan pengguna di China yang mahukan kereta elektrik premium dan bersaing dengan Tesla dan Nio. Zeekr menerima pelaburan sebanyak 2 bilion yuan (RM1.27 bilion) daripada Zhejiang Geely Holding Group dan Geely Automobile. 

Zeekr dijangka menggunakan model jualan secara langsung untuk menguruskan harga dan inventorinya. Ia merancang untuk membuka 100 buah kedai tahun ini. 

Zeekr 001 yang dihasilkan di kilang Ningbo itu dilengkapi dua motor elektrik yang menawarkan kuasa 536hp dan tork 700Nm. Kuasa itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.8 saat dan kelajuan maksimum mencecah 200km/j. 

Dibina di atas platform SEA Geely, 001 menggunakan pek bateri berkapasiti 86kWh dan 100kWh yang membolehkannya bergerak sejauh 700km dengan sekali caj. 

Google ads
Back to top button