Buletin

SEWA KERETA BEKAS KEKASIH. KUTIP SAMAN TRAFIK LANGGAR 49 LAMPU ISYARAT MERAH

Seorang wanita dan beberapa rakan subahatnya ditahan polis selepas didakwa sengaja menyebabkan bekas teman lelakinya ‘ditimbuni puluhan saman trafik’.

Media China melaporkan, seorang wanita dari wilayah Zhejiang meminta rakannya menyewa kereta bekas teman lelaki menggunakan aplikasi sewa kenderaan dan melanggar 49 lampu isyarat merah dalam tempoh dua hari.

Tindakan itu dilakukan sebagai balas dendam selepas teman lelakinya memutuskan hubungan dan keluar dengan wanita lain.

Wanita itu yang dikenali sebagai Lou turut meminta rakannya melakukan kesalahan trafik lain seperti memandu melebihi had laju.

Perbuatan wanita itu terbongkar selepas polis menahan rakannya yang dikenali sebagai Chen susulan rekod kesalahan trafik yang dilakukannya.

Global Times melaporkan, Lou dan bekas teman lelakinya sudah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun sebelum hubungan mereka putus. –Utusan

Google ads
Back to top button