Buletin

PECAH TANAH PUSAT 3S FORD DI PULAU PINANG. PELABURAN CECAH RM16.6 JUTA

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar eksklusif Ford di Malaysia, telah mengadakan majlis pecah tanah hari ini untuk Pusat 3S Ford baharu di Pulau Pinang. Melibatkan pelaburan berjumlah RM16.6 juta, pusat 3S itu dijangka menambah baik pengalaman pelanggan dan mengukuhkan prospek jenama di kawasan Utara.

Pusat 3S yang meliputi kawasan seluas 45,000 kaki persegi itu akan dilengkapi 18 ruang servis dan kapasiti untuk mempamerkan sejumlah 6 kenderaan. Kemudahan yang dijangka siap menjelang suku pertama 2024 itu terletak di Jalan Baru di Seberang Prai. 

Apabila siap kelak, pelanggan akan dapat menikmati kemudahan terkini di pusat 3S Ford yang dibina sepenuhnya sejajar dengan piawaian global Ford.

Majlis pecah tanah tersebut dirasmikan oleh Pengarah Urusan SDAC, Turse Zuhair; Ketua Jualan Pengedaran SDAC, George Ngian dan Wakil Penjual Prinsipal SDAC Pulau Pinang, Peter Chan. 

“Sebagai pusat 3S yang menawarkan perkhidmatan serba lengkap, kemudahan ini akan memudahkan lagi kunjungan dan memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Pelaburan ini jelas mencerminkan komitmen kami untuk memenuhi keperluan pasaran dan meningkatkan keupayaan serta menambah baik pengalaman pelanggan,” kata Turse Zuhair.

Pengarah Urusan Pasaran Pengedar Ford Asia Pacific, DJ Simpson menyatakan pihaknya berbesar hati untuk meluaskan rangkaiannya di Malaysia dengan kemudahan terbaharu ini.

“Pulau Pinang ialah pasaran penting dengan prospek kukuh bagi Ford dan Sime Darby Auto ConneXion. Dengan memantapkan kedudukan kami di sini, kami akan dapat terus meluaskan tawaran rangkaian kenderaan bertaraf dunia dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di kawasan utara,” jelas Simpson. 

Untuk maklumat lanjut mengenai SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter atau YouTube, atau kunjungi www.sdacford.com.my 

Google ads
Back to top button