WULING AIR EV TERIMA TEMPAHAN DI CHINA. 2 DAN 4 TEMPAT DUDUK, 300KM SEKALI CAJ, BERMULA RM37K SAHAJA
Pada 2 Disember lalu, Wuling Air ev hasil usaha sama General Motors dengan SAIC dan Wuling mula menerima tempahan di China. Pelanggan yang membayar deposit AS$140 (RM614) pada Disember akan menikmati diskaun sebanyak AS$570 (RM2,502).
Wuling Air ev dibina berasaskan platform Global Small Electric Vehicle (GSEV) Wuling. Ia merupakan kereta pertama dari Wuling yang dijual di luar China apabila EV kecil bandar itu diperkenalkan di Indonesia pada bulan Jun lalu.
Air ev akan dilancarkan dalam 4 konfigurasi dengan versi dua atau empat tempat duduk bersama jarak pemanduan sejauh 300km (mengikut piawaian CLTC).
Dimensi varian 2 tempat duduk ialah 2,599mm panjang, 1,505 lebar, 1,631mm tinggi, dengan jarak roda 1,635mm dan memiliki berat 760kg.
Versi 4 tempat duduk pula mempunyai ukuran 2,974mm panjang, 1,505mm lebar, 1,631mm tinggi, dengan jarak roda 2,010mm dan seberat 860kg.
Sebagai perbandingan, Air ev 4 tempat duduk lebih besar sedikit berbanding model paling laris SGMW Wuling Hongugan Mini EV.
Di dalam Air ev, terdapat dua skrin bersaiz 10.25 inci dengan sistem operasi Ling Wuling sendiri. Wuling juga membangunkan aplikasi untuk menyemak status kenderaan, menghidupkannya dari jauh serta melakukan pelbagai operasi seperti menutup tingkap atau kawalan penyaman udara.
Motor elektrik Air ev menghamburkan kuasa 40hp untuk 2 tempat duduk. Manakala untuk versi 4 tempat duduk menjana kuasa sehingga 68hp. Motor berkenaan dipadankan dengan bateri lithium-besi-fosfat, dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 100km/j.
Menurut Wuling, kereta itu menyokong pengecasan pantas DC dan mengambil masa 45 minit untuk mengecas dari 30 hingga 80 peratus.
Menurut laporan sebelum ini, harga jualan bermula kurang daripada AS$8,630 (RM37,890) untuk versi 2 tempat duduk dan harga bagi varian 4 tempat duduk ialah AS$10,200 (RM44,783). Harga akhir Air ev akan diumumkan pada Disember ini.
- BACA: WULING AIR EV BOLEH TAHAN LAKU JUGA DI INDONESIA
- BACA: ANAK SYARIKAT GEELY, GEOMETRY HASILKAN M2 UNTUK SAINGI WULING MINI EV
- BACA: PRA-JUALAN WULING MINI EV CABRIO CECAH 100,000 UNIT SELEPAS 72 JAM TEMPAHAN DIBUKA
- BACA: WULING BAKAL LANCAR HONGGUANG MINI EV LEBIH AWAL DI INDONESIA. HARGA MAMPU MILIK