
PEI AKUI BUANG PEKERJA
Susulan artikel keluaran 28 November lalu (Proton Bakal Berkubur di Indonesia), Proton Edar Indonesia (PEI) mengesahkan mengenai pengurangan kakitangan berkenaan.
Presiden PEI, Noraman Kardi mengatakan keputusan itu adalah sebahagian daripada strategi penstrukturan semula syarikat. Langkah berkenaan diambil kerana keadaan ekonomi yang masih tidak stabil.
“Apa yang pasti, pengurangan jumlah pekerja hanya terjadi di ibu pejabat PEI. Operasi di pusat jualan bagaimanapun masih berjalan seperti biasa,” katanya.
Penstrukturan tersebut hanyalah sebahagian kecil dan jumlah pembuangan pekerja tidak seperti yang dilaporkan oleh media nasional Indonesia.
Bagaimanapun, PEI tidak mahu mendedahkan data rasmi bilangan pekerja yang diberhentikan. Setakat ini, PEI memiliki 27 rangkaian pengedar di Indonesia.
Sumber: liputan6.com








