Motosikal

KAWASAKI J300 – RM29,800!

Selepas sekian lama menguasai pasaran motosikal berkuasa tinggi, Kawasaki Motors Malaysia Sdn. Bhd. (KMSB) akhirnya menyertai segmen skuter maxi menerusi model J300.

Kawasaki-J300-mekanika (2)

Sebagaimana sedia maklum, J300 adalah hasil kolaborasi Kawasaki dengan pengeluar skuter terkenal dari Taiwan, Kymco. Malah, model ini dibawa masuk secara import sepenuhnya (CBU) dari negara tersebut.

Biarpun begitu, J300 tampil dengan rekaan tersendiri. Ia dikatakan lebih tirus dan menawarkan aspek aerodinamik yang lebih baik.

Kawasaki-J300-mekanika (12)

Kawasaki mengakui bahawa Malaysia adalah pasaran penting di rantau ini. Buktinya, Malaysia menjadi negara pertama yang menerima J300.

“J300 disasarkan untuk penunggang motosikal berkuasa tinggi yang mungkin mahukan sebuah skuter untuk kegunaan harian. Selepas diperkenalkan di pasaran Eropah sejak dua tahun lalu, J300 menerima maklum balas memberangsangkan. Kami harap skuter ini akan turut berjaya di sini,” kata Presiden, Motorcycle & Engine Company, Kawasaki Heavy Industries Ltd Jepun, Kenji Tomida.

Kawasaki-J300-mekanika (7)

Jentera ini dikuasakan oleh enjin 299cc dengan sistem penyejukan cecair. Mampu menjana kuasa mencecah 28PS dan tork 28.7Nm, ia dipadankan dengan kotak gear CVT yang menjanjikan prestasi lancar.

Bagi mereka yang bertanyakan mengenai varian J dengan enjin lebih kecil iaitu J125, Pengurus Besar dan Pengarah KMSB, Datuk Jeffrey Lim  mengesahkan bahawa model itu tidak akan memasuki pasaran tempatan, sekurang-kurangnya untuk masa terdekat ini.

Kawasaki-J300-mekanika (14)

“Salah satu sebabnya ialah harga yang tidak jauh berbeza di antara kedua-dua model ini. Kami tidak mengharapkan J300 akan dijual dalam jumlah yang banyak setiap bulan kerana pasaran skuter ini memang niche. Pengenalan J300 adalah untuk melengkapkan tawaran daripada KMSB,” kata Jeffrey.

J300 didatangkan dalam pilihan warna hitam dan putih. Bakal berada di pasaran mulai tahun depan, anda boleh memilikinya dengan penuh gaya pada harga anggaran di bawah RM29,800 seunit.

GALERI

Kawasaki-J300-mekanika (3)Kawasaki-J300-mekanika (5)Kawasaki-J300-mekanika (6)Kawasaki-J300-mekanika (8)Kawasaki-J300-mekanika (9)Kawasaki-J300-mekanika (11)Kawasaki-J300-mekanika (10)

Google ads
Back to top button