Buletin

PRESTASI KEWANGAN LUARBIASA GEELY JANUARI – JUN 2017

Geely Auto  mengeluarkan laporan kewangan separuh tahun pertama 2017 yang menunjukkan pertumbuhan hasil yang kukuh dengan hasil mencecah RMB 39.424 bilion, meningkat 118% dari tempoh yang sama pada tahun lalu.

Daripada jumlah tersebut, keuntungan dicatat pada RMB 4.344 bilion, meningkat sebanyak 128% dari tempoh yang sama pada tahun lepas.

Margin Keuntungan Kasar bagi separuh tahun pertama 2017 adalah 19.2%, peningkatan 8% dari tempoh yang sama tahun lepas.

Geely Auto telah menjual sebanyak 530,627 unit kenderaan dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2017, peningkatan 89% dari tempoh yang sama tahun lepas.

BACA: SIAPA SEBENARNYA GEELY?

Kenderaan generasi ketiga Geely Auto (generasi 3.0) telah dilancarkan pada Disember 2014. Rangkaian produk terbaharu tersebut ternyata telah meningkatkan daya saing syarikat,
pendapatan operasi, keuntungan, dan imej jenama.

Merujuk kepada misi jenama mereka iaitu “Menghasilkan Kereta yang Diperhalusi untuk Semua” Geely Auto telah menerusi ZGH – Zhejiang Geely Holding Group telah melancarkan 4 model baharu, Bo Yue SUV, Geely GC9, Emgrand GS, dan Emgrand GL, di mana kesemua model ini telah menunjukkan prestasi yang sangat baik.

Antara kenderaan Generasi 3.0, rangkaian SUV mencatat jualan yang luar biasa pada separuh tahun pertama 2017.

Bo Yue (akan dijenamakan oleh oleh Proton nanti),  Emgrand GS, dan Vision SUV telah terjual sebanyak 233,482 unit.

Jualan SUV terbesar pada masa ini ialah model Bo Yue dengan jualan mencecah 116,932 unit, peningkatan sebanyak 509% dari tempoh yang sama pada tahun lepas.

Dalam pasaran sedan, Geely Auto telah menjual sebanyak 292,314 unit pada separuh pertama 2017, antaranya 117,718 adalah New Emgrand, 45,486 adalah segmen A+ Emgrand GL, dan 16,404 adalah Geely GC9.

Dalam pasaran tenaga baharu pula, Emgrand EV telah terjual sebanyak 7,982 unit pada separuh pertama 2017, menjadikannya salah sebuah model EV paling laris di China.

Geely Auto terus mengekalkan keseimbangan antara pembangunan segmen sedan dan SUV,
meningkatkan pegangan Geely Auto di pasaran China kepada 5%.

Geely Auto kekal berada di landasan untuk mencapai sasaran jualan tahunan mereka yang diselaraskan kepada 1.1 juta unit dengan model-model baharu yang telah dilancarkan dan akan dilancarkan pada separuh kedua tahun ini.

Pada 1 Ogos, model Geely GC9 tahun 2017 telah diperkenalkan ke pasaran domestic China dan tidak lama lagi akan disusuli dengan peringkat kemasukan SUV crossover.

Pada suku keempat tahun 2017, Geely Auto akan melancarkan SUV serba baharu serta produk utama bagi model tahun 2018 seperti New Emgrand, New Vision dan Vision SUV.

 

Tags
Google ads
Back to top button