Buletin

PELANCARAN FORTUNER SEMAKIN HAMPIR DI INDONESIA

Indonesia akan melancarkan model Toyota Fortuner serba baharu. Menerusi laman web Toyota Indonesia, PT Toyota Astra Motor telah mengeluarkan teaser tentang kehadiran model SUV (kenderaan utiliti sport) itu.

toyota- fortuner-mekanika (1)

Pada laman web rasmi berkenaan dipaparkan gambar Fortuner dengan tulisan ‘Coming Soon’.

Platform  Fortuner adalah sama dengan Toyota Hilux baharu. Sebelum ini, Toyota telah melancarkan Fortuner di dua buah negara iaitu Thailand dan Australia.

toyota- fortuner-mekanika (2)

Berdasarkan spesifikasi Fortuner di laman web Toyota Thailand, pelanggan di sana ditawarkan dengan tiga pilihan enjin. Enjin tersebut ialah 2.8 liter diesel, 2.7 liter petrol dan 2.4 liter diesel. Kesemuanya dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Hanya varian enjin 2.8 liter ditawarkan dengan pacuan empat roda (4WD). Sementara yang lain adalah pacuan dua roda (2WD).

toyota- fortuner-mekanika (2)

Bagi pelanggan yang memilih enjin 2.8 liter, kuasa yang dihasilkan ialah 130hp @ 3,400 rpm dan tork 450Nm @ 1,600 hingga 2,400rpm.

Enjin  2.7 liter pula berupaya menghamburkan kuasa 122hp @ 5,200rpm dan tork 245Nm @ 4,000rpm.

toyota- fortuner-mekanika (3)

Sementara enjin 2.4 liter memiliki kuasa 110hp @ 3,400rpm dan tork 500Nm @ 1,600 hingga 2,000rpm.

Pihak Toyota memilih suspensi independent double wishbone bersama coil spring dan bar stabilizer pada bahagian hadapan. Bahagian belakangnya pula dipadankan dengan four-link coil spring bersama bar stabilizer agar lebih tahan lasak.

toyota- fortuner-mekanika (5)

Kuasa membrek diserahkan kepada cakera brek di hadapan dan brek gelendong di belakang. Melengkapkan tugasan berkenaan ialah padanan tayar 265/60 R18.

Fortuner serba baharu direka khas agar lebih mantap. Gril hadapan diapit dengan lampu utama jenis projektor bi-beam LED. Penggunaan kemasan krom dapat dilihat pada gril dan hendal pintu.

toyota- fortuner-mekanika (4)

Pada bahagian kabin, Toyota menggunakan kemasan hitam bersama kerusi berwarna coklat. Pada papan pemuka, tersedia skrin sentuh yang boleh disambung dengan USB, Aux, radio dan Bluetooth.

Soal keselamatan tidak dipandang enteng oleh pihak Toyota. Di pasaran Thailand, SUV ini ditawarkan dengan dua beg udara, tepi, curtain dan pada bahagian lutut pemandu.

toyota- fortuner-mekanika (1)

 

Ciri keselamatan  lain termasuklah ABS, EBD, Brake Assist, ESC, TCS, Tractor Sway Control, Hill Start Assist, Downhill Assist Control dan sensor parkir dan kamera undur.

Khabar bagi pasaran tempatan, UMW Toyota Motor akan melancarkan Fortuner tahun hadapan. Namun, masih belum dipastikan apakah spesifikasi model Fortuner yang bakal dipasarkan di sini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button