Motosikal

JENTERA ELEKTRIK SAIETTA NGS

Ini adalah gambaran pertama superbike elektrik dari Britain, Saietta NGS yang menjanjikan prestasi buas daripada kejuruteraan dan reka bentuk radikal.

4

Mungkin nama Saietta kurang dikenali. Tetapi syarikat itu telah membangunkan motosikal elektik sejak 2008. Mereka juga perintis pembangunan teknologi motor dan bateri elektrik yang digunakan oleh pengeluar lain seluruh dunia.

Perkataan NGS bermaksud  Next Generation Saietta. Saietta bermakna halilintar dalam bahasa Itali.  Model prototaip itu masih melibatkan proses pembangunan yang panjang sebelum lulus untuk diproduksi.

6

Di sebalik rekaan futuristik, tersembunyi ruang simpanan bateri karbon fiber, kuasa berprestasi dan suspensi double wishbone di hadapan.

Pasukan pembangunan mencadangkan kuasa yang bakal dihasilkan superbike berkenaan ialah melebihi 200hp bersama tork 110ftlb.

2

Ketua Pegawai Eksekutif Saietta, Laurence  Marazzi berkata Saietta pernah menghasilkan kenderaan yang menggunakan pembakaran dalaman dan kini cuba menghasilkan jentera elektrik.

“Kami mahukan superbike ini memiliki karakteristik tunggangan terbaik, kuasa lancar dan tork tinggi, kuasa pertengahan yang bagus serta pecutan mengagumkan.

7

“Tiada klac mahupun kotak gear kerana kami ingin penunggang menumpukan perhatian penuh pada tunggangan,” katanya.

Penghasilan model Saietta R  sebelum ini adalah satu proses pembelajaran besar buat syarikat berkenaan. Saietta telah menggunakan lapan motosikal untuk ujian jangka masa panjang itu.

3

Saietta menggunakan struktur karbon fiber monokok sebagai ruang simpanan pek bateri. Sementara motor dan pengawal (controller) menggerakkan kuasa ke roda belakang.

Motor dan pengawal disejukkan menggunakan sistem penyejukan cecair menerusi sepasang radiator kecil yang diletak di bawah setiap sisi fairing.

5

Berdasarkan laporan MCN, mereka menjadi orang luar pertama dapat melihat NGS. Pihak Saietta menjelaskan masih banyak perlu diubah dan dipertingkatkan sebelum diluluskan untuk pengeluaran.

Tentunya harga jualan NGS bukanlah murah. Ia dijangka dijual awal 2017 dengan harga anggaran £58,000 (RM372,453).

Foto: MCN

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button