,
Artikel PilihanBuletin

PELANCARAN PROTON X-70 CKD DITUNDA KERANA VERSI CBU TAK JALAN?

Seperti yang pernah didedahkan beberapa kali dalam garis masa perancangan pelancaran model-model Proton sebelum ini, Proton X-70 versi pemasangan tempatan (CKD) sepatutnya dilancarkan pada bulan ini.

Apa yang menarik, hari ini kami mendapat informasi dari sumber dalaman yang memberitahu bahawa berkemungkinan besar X-70 tidak akan dilancarkan mengikut jadual.

Sebabnya?

Masih banyak stok X-70 versi import (CBU) dari China yang masih belum terjual. Menurut sumber tersebut, kira-kira masih berbaki 5,000 unit X70 yang masih belum terjual dan ia tak seperti yang dijangkakan.

“Momentum jualan X-70 hanya tinggi ketika beberapa bulan pertama ia dilancarkan, kemudian, ia perlahan dan mungkin ini berikutan pembeli yang menjangkakan versi CKD yang akan dijual lebih rendah,”

Apa yang lebih mengejutkan, seperti yang pernah dilaporkan oleh laman web rakan media kami careta.my dalam artikel bertajuk “Vendor jadi mangsa habiskan stok CBU” meskipun tidak menamakan terus syarikat tersebut, namun ramai yang merujuknya sebagai dari Proton.

Berikut ialah petikannya,

Apa patut anda buat bila stok CBU anda masih banyak tetapi varian CKD sudah akan dilancarkan?

Mengikut pengalaman industri, unit CBU akan diberikan diskaun yang tinggi dan dijual oleh pengedar-pengedar secara diam-diam. Ini ialah supaya berita diskaun yang tinggi itu tidak menggangu imej jenama tersebut.

Namun begitu, beberapa orang vendor yang mengadu kepada kami berkata, sebuah syarikat automotif dengan cara mengejut memaksa mereka untuk membeli beberapa unit model CBU itu dan jumlah tanpa diskaun itu ditolak dari invois perkhidmatan mereka kepada syarikat tersebut.

Jumlah yang diberitakan nampaknya bergantung kepada jumlah invois mereka, dan vendor yang terbabit terdiri dari jurusan teknikal dan bukan teknikal.

“Bukan tak pernah dibuat okeh syarikat lain, tetapi cara ini ialah cara terakhir dan selepas dilakukan beberapa perbincangan. Kali ini, ia lebih kepada arahan tanpa negosiasi,” ujar seorang dari vendor itu berkaitan cara diktator yang dialaminya.

Vendor juga tidak dibenarkan untuk menjual kenderaan-kenderaan itu dalam masa satu tahun. 

“You must take or else next we will not call you for next tender,” komen yang diberikan oleh syarikat itu secara lisan kepada vendor.

Tidak ada perjanjian hitam putih berkaitan isu ini dan nampaknya arahan untuk tidak boleh dijual selama setahun ialah untuk menjaga pengedar-pengedar mereka dari terpaksa berlawan dengan unit-unit kontra yang pastinya dijual dengan harga diskaun.

Pada pendapat saya, ini mungkin cara yang biasa diamalkan oleh syarikat itu di negara mereka dan nampaknya oleh kerana cara mereka ini mendapat sokongan ramai rakyat Malaysia, maka mungkin pihak vendor juga terpaksa menerima budaya baharu ini. 

Dalam dunia komersil sekarang, kekuatan jenama lebih penting dari nilai-nilai moral. 

Jika tidak bersetuju, mungkin vendor-vendor itu boleh berhenti menjadi pembekal kepada syarikat itu dan kepada vendor-vendor lain, harap lebih bersedia untuk dibayar dengan produk.

Dari segi jangka masa panjang, ini bukan cara terbaik untuk membantu vendor-vendor tempatan kerana gaji pekerja tetap dibayar dengan RM. 

Kami bertanyakan soalan yang sama kepada sumber rujukan dalaman. Jelas, mereka tidak menafi atau mengakuinya.

Jika benar, ia bukanlah sesuatu yang patut berlaku. Ia bakal memberi gambaran buruk pada industri secara keseluruhan. Bagi kami, apa juga yang berlaku di sebalik tabir perlulah mengambilkira pihak yang terbabit rangkaian pembuatan secara keseluruhan.

Tags
Google ads
Back to top button