Buletin

PEMANDU JENTERA BACKHOE TAK PUAS HATI KENA SAMAN, TERBALIKKAN SUV JPJ DI KENINGAU

Seorang pemandu jentera berat backhoe dilapor bertindak luar kawalan apabila tidak mendengar arahan yang dikeluarkan oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

Lebih mengejutkan, lelaki itu kemudian memandu backhoe berkenaan ke arah sebuah SUV milik JPJ dan menterbalikkan jentera tersebut, sekali gus membuatkannya rosak teruk. 

Menurut keterangan yang diambil daripada Facebook Dashcam Owners Malaysia, kejadian berlaku apabila sepasukan pegawai JPJ mengadakan operasi rondaan di jalan Kepayan Magatang di Kampung Ambual, Keningau, Sabah.

Pasukan yang diketuai oleh Ridhwan Radhi, Mohd Kamal Hafiz dan Suhailin Padiman dengan menaiki kenderaan rasmi JPJ itu kemudian menemui sebuah backhoe dalam keadaan mencurigakan.

Pemandu backhoe itu ditahan untuk pemeriksaan lanjut dan mendapati dia tidak mempunyai lesen memandu kelas F. Dia yang tidak berpuas hati selepas disaman bertindak melanggar dan menterbalikkan SUV JPJ yang diparkir berhampiran. Dia juga mengugut untuk melanggar anggota penguatkuasa JPJ dari cawangan Keningau itu.

Semua anggota JPJ yang berada di lokasi bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dan menghubungi pihak polis. Dalam satu video berlainan, kenderaan JPJ itu dilihat sudah dibawa menaiki lori ke lokasi lain. 

Google ads
Back to top button