Buletin

SIKAP PENTINGKAN DIRI PEMANDU HILUX NYARIS AKIBATKAN KEMALANGAN DI JANDA BAIK

Tindakan pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang memotong di garisan berkembar dan memasuki jalan pemandu lain dan hampir menyebabkan kemalangan nyata mengundang kemarahan netizen.

Kejadian yang dikatakan berlaku di Janda baik itu dimuat naik seorang pengguna laman media sosial Facebook, Sheran Tahir yang mana ia dirakam menerusi kamera rakaman papan pemuka (dashcam).

Individu tersebut mengkritik perbuatan pemandu kenderaan itu kerana menyebabkan seorang anaknya yang tidur di bahagian belakang terjatuh daripada kerusi akibat membrek kereta dengan kuat.

“Spesies makhluk macam ini punca orang kemalangan. Nasib baik aku sempat brek. Kesian (kasihan) Mika (anak) sedap-sedap tidur di belakang tergolek jatuh,” tulisnya dalam hantaran Facebook.

Rata-rata netizen turut sependapat dengan pemuda tersebut dan berharap ada tindakan sewajarnya diambil oleh pihak berkuasa kerana ia bukan sahaja mendatangkan kesan buruk kepada pelaku tetapi pengguna lain turut terlibat.

“Hantar balai sahaja rakaman video ini dan buat report terus. Sudahlah di garisan berkembar, selekoh pula tu. Alhamdulillah keluarga awak selamat,” komen Erul Fiza.

“Panas hati aku tengok video ni. Ucapan maaf pun tiada dan siap boleh salahkan lori. Double line kau potong. Tepi jalan itu gaung kot. Nasib baik tidak masuk dalam,” komen Azreen Ahmad. – Utusan Online / FB SHERAN TAHIR

Google ads
Back to top button