
PEMANDU MYVI REMPUH VAN, WAJA. LARIKAN DIRI KENA TAHAN
Seorang pemandu kenderaan jenis Perodua Myvi yang merempuh dua kenderaan di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, Perodua Myvi terbabit turut merempuh sebuah van dan kereta Jenis Proton Waja yang berada di bahagian kanan van tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, akibat kejadian itu, pemandu van berkenaan kini sedang menerima rawatan di zon merah Hospital Serdang.
Menurut Azman, siasatan awal mendapati, lelaki yang memandu Perodua Myvi itu dikatakan cuba melarikan diri selepas merempuh van berkenaan.
“Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.
“Dia (suspek) telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSJT) Serdang untuk tindakan susulan dan pihak polis akan membuat permohonan reman ke atasnya,” katanya.
Beliau menjelaskan, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan pemeriksaan mendapati lelaki tersebut tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya lagi.
Sebelum itu, satu video viral mula tersebar di laman media sosial memaparkan kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah van serta Proton Waja.-Kosmo!
- BACA: BERANG DIBUANG KERJA, PENGURUS REMPUH KILANG DENGAN HONDA CIVIC SEBELUM BUNUH DIRI
- BACA: VIDEO TULAR MUSTANG REMPUH NISSAN DI KAWASAN PARKIR.APA AJE MASALAH KORANG?
- BACA: KERETA DIPANDU LAJU REMPUH TESLA X KETIKA BERHENTI. MELAYANG BAI!!!
- BACA: BUNYI EKZOS BISING SANGAT, MYVI DITEMBAK DENGAN SENAPANG ANGIN