PEMANDU WANITA ‘BERBULU’ KERETA KENA LANGGAR. DAPAT NOTA DAN COKLAT JE
Seorang pemandu wanita menjadi viral apabila meluahkan perasaan amarah apabila hanya menerima nota dan dua bar coklat sebagai ganti rugi kenderaan mengalami kerosakan dilanggar di parkir pasar raya.
Melalui perkongsian di TikTok, wanita terbabit mendapati keretanya dalam keadaan remuk pada bahagian sisi kanan selepas pulang dari pasar raya Walmart.
Lebih menjengkelkan apabila dia menerima nota kecil berbunyi : –
“MInta maaf di atas kerosakan kenderaan anda. Tidak mampu memperbaikinya tetapi ambil coklat ini,” tulis nota individu tidak bertanggungjawab itu.
Dia turut menjelaskan syarikat insurans tidak dapat berbuat apa-apa berhubung kerosakan tersebut.
Sejak dimuat naik ke TikTok, video itu mendapat lebih 600,000 tontonan dan 120,000 tanda Likes. –Mirror