Buletin

TGR HASILKAN LEBIH BANYAK ALAT GANTI ASLI SUPRA A70 DAN A80

Toyota Gazoo Racing (TGR) akan menghasilkan lebih banyak alat ganti asli model Supra A70 dan A80 di bawah program GR Heritage Parts Project.

Alat ganti tersebut akan dijual di Jepun, Amerika Utara, Eropah dan pasaran lain di dunia melalui rangkaian pengedar rasmi Toyota.

Bagaimanapun, alat ganti berkenaan akan dihasilkan dalam jumlah yang terhad. Pendek kata siapa cepat dia dapat bergantung kepada stok alat ganti itu.

Bermula 1 Julai 2021, Toyota mula menawarkan komponen seperti silinder utama klac, silinder pelepas klac, hos brek, hos pemanas, serta tombol pemutar kawalan pendingin hawa untuk Supra A70 serta sensor oksigen  model Supra A80.

Pada bulan Ogos, penawaran akan bertambah banyak seperti emblem bahagian hadapan enamel A70 dan pelindung bampar hadapan untuk model A80.

Selain itu, TGR akan membangunkan semula komponen seperti pelindung sisi, emblem belakang Toyota Supra, kemasan pintu hadapan dan bushing suspensi lengan bawah hadapan A70.

Pemilik dua model terbabit pasti akan merebut peluang berkenaan untuk meningkatkan lagi nilai jentera mereka terutama untuk jualan pada masa hadapan. –carscoops.

Google ads
Back to top button