Buletin

PEMBIKIN TERBESAR TRAK RUSIA, KAMAZ KEKURANGAN PEKERJA. CADANG AMBIL BANDUAN

Beberapa syarikat berdepan kekurangan pekerja di Rusia tetapi pengeluar trak terbesar negara terbabit, Kamaz kemungkinan besar telah menemui jalan penyelesaian.

Menurut Reuters, CEO syarikat terbabit bercadang menggunakan khidmat buruh penjara dalam menyelesaikan kemelut kekurangan pekerja itu.

Bagaimanapun, ia masih dalam peringkat cadangan dan masih belum mendapat keputusan berkenaan Langkah tersebut.

Serigei Kogogin memberitahu pihak media, syarikat masih menilai kaedah menggunakan program yang dibangunkan Perkhidmatan Penjara Persekutuan.

 Ia merupakan Langkah luar biasa dalam industri automotif tetapi laporan media mengatakan syarikat itu berdepan kekurangan sehingga 4,000 pekerja di fasiliti pengeluaran, Naberezhnye Chelny.

Kamaz telah membawa masuk para pekerja asing dari Uzbekistan tetapi masih memerlukan lebih ramai pekerja.

Justeru, langkah membawa masuk banduan merupakan antara jalan penyelesaian mengisi kekosongan itu.

Menurut Reruters, antara faktor kekurangan para pekerja yang berlaku di Rusia adalah berkaitan sekatan akibat pandemik.

Ia telah menyebabkan sejumlah pekerja asing meninggalkan negara terbabit sehingga menyebabkan kekurangan pekerja.

Berikutan itu, Perkhidmatan Penjara Persekutuan mencadangkan menggunakan banduan untuk mengisi kekurangan para pekerja.

Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada Kamaz akan meneruskan idea tersebut kerana buruh penjara bukanlah sesuatu yang popular.

Bahkan, Daimler yang memiliki 15 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan kemungkinan akan cuba mengelak dalam pelaksanaan cadangan itu. – carscoops

Google ads
Back to top button