Modifikasi

PENGARUH SUBARU IMPREZA STi VERSION 9

Kemuncak kejayaan Subaru adalah pada versi ini, Subaru Impreza Version 9. Ia berbentuk sedan, pacuan 4 roda dengan enjin turbo 280PS. Pendek kata DNA kereta sports murah Jepun berakhir pada model ini.

Subaru-Impreza-STi-Version-9-mekanika (18)

Kalau kita lihat pada susur galur sejarah kereta-kereta sport Jepun, maka boleh lihat garis masa yang mana Subaru ini jadi penutup pada semua model terbaik yang pernah mereka dihasilkan.

Pasca millenium adalah dekad suram sebenarnya. Pengeluar tak lagi memberi tumpuan kepada kereta rakyat yang laju. Nama-nama akhir yang tinggal untuk scene selepas milenia ialah Honda Integra DC5, Honda Civic FD, Subaru V9, Mitsubishi Evo 9 dan mungkin juga Mazda MPS.

Subaru-Impreza-STi-Version-9-mekanika (22)

Pada tahun 2016, kalau anda ada duit terlebih dan nak beli kereta laju kenalah kumpul sampai cukup belanja Nissan GT-R. Kalau kurang sikit duit, beli BMW 335i dan Golf R. Kalau terlebih lagi duit beli Porsche.

Bagaimanapun, perjuangan model-model pasca millenium masim belum berakhir. Sebabnya, seluruh dunia sedang giat melakukan modifikasi ke atas DNA JDM ini.

Subaru-Impreza-STi-Version-9-mekanika (1)

Hari itu, kami terjumpa spesis ini di Bangi, Version 9 STi dengan TE37 18 inci memang buat hati tak keruan. Apatah lagi dengan badan warna kuning dan belang hitam gentian karbon.

Enjin asal EJ20 ni menerima sejumlah pengubahsuaian yang setimpal dengan rupanya. Walaupun nampak jahat, sebenarnya enjin kereta ini diubah suai secara minimum sahaja.

Subaru-Impreza-STi-Version-9-mekanika (3)

Banyak yang dipasang ialah peralatan bolt on seperti wastegate Tial, intercooler kit Blitz dan blow 0ff valve Greddy. Hos-hos getah asal kebanyakannya diganti dengan hos Samco. Sistem pernafasan diselia oleh penapis udara HKS honeycomb dan ekzos titanium set lengkap Blitz Nur Spec.

Rupa bentuk kereta ini bertemakan kanjo JDM agaknya kalau budak-budak hari ini banyak yang cakap pasal stance. Di Jepun, acara-acara yang berkiblatkan Amerika Syarikat memang mendapat perhatian mendadak sejak kebelakangan ni.

Subaru-Impreza-STi-Version-9-mekanika (16)

Buatlah apa acara sekali pun, cap ayam pun ramai yang datang. Kereta ini kalau dihantar ke Tokyo nescaya tak malu lah nak masuk acara.

Kalau anda nak tau, rim TE37 warna biru gelap itu merupakan edisi terhad TE37.  Bukan dicat, memang warna asal. Sebenarnya dengan RAYS, kita boleh minta mereka buat spesifikasi yang dimahukan. Tinggal bayar sahaja berapa kosnya.

Subaru-Impreza-STi-Version-9-mekanika (12)

Macam hari ini, TE37 versi RT (warna merah, line putih) itu sudah berevolusi kepada versi Time Attack pula. Rim ini masih dalam spesifikasi universal kalau ikut ukuran asalnya iaitu 18X8.5 dengan offset +40.

Ia dibalut dengan tayar Nexen bersaiz 245/40r18. Ya. Cuba bayangkan rim ini duduk dalam casis FD2R atau DC5. Memang menjerit makwe-makwe di downtown mintak naik kereta, walaupun joki muka serupa Amid belia habis macam cikgu Tahfiz.

Subaru-Impreza-STi-Version-9-mekanika (15)

Kebelakangan ini, saya sebenarnya malas betul nak tulis artikel dengan tengok spec. Serius boring. Apa lagi Malaysia scene modifikasinya makin tersepit sebab model baru dah tak banyak yang ada potensi untuk diubah suai.

Saya masih ingat waktu Proton buat kereta rebadge Mitsubishi. Tu diaa…. Dia punya meriah jangan cakap. Sana sini bengkel buat modifikasi Satria Evo, Wira GSR Kancil turbo, Kelisa TR dan macam-macam lagi.

Subaru-Impreza-STi-Version-9-mekanika (10)

Realitinya tak lama, enjin-enjin daripada half-cut Jepun akan habis juga di sana. Malah sekarang pun enjin-enjin Evo dan GSR dah makin pupus. Half-cut L2 dah banyak yang datang dengan rangka dan enjin lantai.

Geng half-cut di Jepun sampai ke Hokkaido cari benda bawa balik. Dan realitinya masih tak berubah. Barang semakin kurang ibarat RXZ lampu belakang Narong Industries sekarang pun sampai RM500 orang jual.

Subaru-Impreza-STi-Version-9-mekanika (9)

Pelik? Tidak… Cuma ramai yang ambil kesempatan nanti. Percayalah cakap saya. Kalau hati ada cita-cita nak simpan kereta sekarang untuk anak cucu, baik bersedia dengan alat ganti sekali.

Tak sanggup dengar nanti bila tanya cermin sisi Wira nanti harganya seribu sebelah? Takkan kau nak modified masuk cermin sisi Vios?

Tags
Google ads
Back to top button